Throwback: OPS Hantar Pulang Pelajar 2


Zon Selatan Covid-19
Assalamualaikum semua. Rasanya masih tak terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya kepada umat Islam yang berkunjung ke blog ni ^_^ Maaf zahir batin sekiranya penulisan aku pernah mengguris hati sesiapa. Kita sambung pada entri 'Throwback: OPS Pelajar Pulang 1.

Selepas pemeriksaan kesihatan kali kedua, aku disahkan ada acute tonsilitis, tapi risiko rendah untuk Covid-19. Patutlah dalam mulut terasa macam kena cakar dengan beruang. Jadi aku boleh balik keesokannya.Yeayyy~. Jadi, pada 7 Mei tu,  kami perlu berkumpul di MSU jam 3.30pm, aku keluar awal tapi patah balik sebelum turun lif sebab terlupa luggage HAHAHA. Aku singgah kedai dulu untuk beli makanan ringan, tu rutin aku bila pulang ke kampung, selain bawa sweater. Sebab aku pernah ada pengalaman tersadai dan kebulur dalam bas, hehe.

Sanitasi Covid-19
Menunggu di U-Plaza, MSU Shah Alam

Di MSU, kami disusun untuk duduk mengikut zon destinasi masing2 dengan jarak 1 meter sebab lain zon, lain departure point. Departure point untuk JB ialah di Universiti Malaya. Lepas tu, kami ambil borang, makanan iftar dan sesiapa yang ada botol kosong boleh refill hand sanitizer. Yang lawaknya, time nak menunggu tu, siap pasang lagu raya bagai, aku rasa macam sedih je ada lah sebab baru ni dapat balik >.<

Kira-kira 4pm, kami naik bas dan dijarakkan dalam bentuk zigzag. Kami sampai di UM dan susun beg di luar.  Dalam dewan tu, kami dibahagikan kepada beberapa stesen, satu stesen maksimum 18 pelajar. Sepatutnya aku JB 11, tapi disebabkan salah faham, aku tersesat sorang-sorang di JB9 dan aku cuma sedar aku tersalah tempat bila ada student kata JB11 dah bertolak tapi group aku masih ada dalam dewan *facepalm*. Rupanya bukan aku je yang ingat aku JB 11, tapi ok je sebab destinasi masih sama.

Di UM, ada satu cerita menyentuh hati. Staff SCD ada hantar gambar pelajar A di group Whatsapp dan suruh kami tengokkan dia sebab dia terasing dari pelajar MSU yang lain. Aku macam keliru lah kan? Yang lain tertanya juga. Rupanya A ni OKU penglihatan, dalam gambar pon dia pegang tongkat, aku yang tak perasan. Hmm, masa tu lah timbul rasa kasihan dan keinsafan.

Kami berbuka di dalam dewan  dengan makanan dari uni masing-masing. Lepas tu, aku solat Maghrib. Masa ni macam tak best sikit lah untuk aku, sebabnya tiada protokol untuk hadkan jumlah pelajar dalam surau. Surau tu pulak agak kecik, nak tak nak kena la juga berapat.

Tempat bertolak JB Zon Selatan
Kosong kosong hoo wooh

Dalam jam 9, satu demi satu stesen dipanggil untuk mula bertolak. Badan kami dah terasa makin sejuk, nasib aku bawa sweater dan air dalam thermos aku masih panas. Aku tak paham kenapa dewan universiti selalu sejuk sangat. Ada program pertukaran pelajar dengan polar bear kot. Jam 10, stesen aku masih belum dipanggil untuk bertolak. Rasa macam hape benda ler yang perlahan sangat. Cemburu jugak lah tengok dewan tu makin kosong. Nak main phone sangat, takut habis bateri. Aku dah mula bosan, geram dan......lapar, hehe. Nasib ada roti.

Hampir pukul 12 pagi, tiba-tiba stesen kami dipanggil. Ya Allah, rasa macam berkobar masa tu. Nasib aku bukan cinderella, kalau tak bertukar lah baju dan kasut aku. Aku masuk bas lambat, jadi aku duduk paling belakang. SOPnya ialah duduk selang seli zig-zag dan bas takkan berhenti dimana-mana. Ada seorang conductor yang ikut kami, aku tak pasti dia siapa sebenarnya, lol. Tapi dia tanya lah siapa yang ibu bapa tak boleh pickup dekat balai nanti, sebab mereka kurang suka kalau ibu bapa tak ambil.


IPD JB Selatan
Aku tidur dengan posisi yang sangat tak sedar diri memandangkan tempat duduk aku terlindung dan aku penat. Sepatutnya aku update mak aku tempat aku dari semasa ke semasa, tapi tup2 buka mata, pukul 4 pagi kami sampai di IPD Johor Bahru Selatan.

Aku contact mak aku,  tapi rupanya tak sampai lagi sebab dia expect aku sampai 5 pagi, lol. Aku terkejut jugak sebab mak aku selalunya sampai awal. Siap confident kata silap2 dia tidur depan balai untuk tunggu aku. Mak aku selalu ramal 5 jam untuk Shah Alam-JB, tapi yelah, memandangkan tengah PKP dan pagi buta, ramalan mak aku jauh tersasar. Aku pulak tidur macam baby dan tak bagi live location.

IPD JB Selatan


Muka basi tapi confident sebab pakai topeng muka.

Yang ibu bapa datang lambat, atau tak datang langsung, kena pergi ke dewan polis yang jauh gila tapi takpe sebab perjalanan jauh tak ku rasa, kerna hati ku melonjak sama. Eh, ternyanyi pula. Di situ, kami isi borang dan tunggu sampai ibu bapa sampai.

Tak lama kemudian, mak aku sampai, cuma kami tak nampak masing-masing sebab TERLAMPAU BANYAK KERETA ._. Mak aku pon turun sekejap untuk ambil aku, last2 aku sahur je dalam kereta sebab takut tak sempat. Nasib aku beli makanan, dapatlah juga merasa cupcake. Yang kesiannya, kawan yang lain takde makanan pon untuk sahur :( Ada tu siap kena buat online presentation pagi tu.

Jadi itulah kisahnya perjalanan aku pulang ke JB, hehe. Walaupon bittersweet, ini kenangan yang susah untuk aku lupakan. Terima kasih untuk staff SCD, Madam Seha dan Sir Izhar kerana jaga pelajar yang tinggal di Arte sepanjang PKP dan juga pelajar zon Selatan. Bukan senang nak jaga beratus pelajar selama berbulan! Terima kasih juga pada staff, jururawat, dan doktor di MSU MC yang gigih untuk nak bantu aku untuk pulang.

OPS pelajar pulang
Gambar dari Zon Selatan 1.

Love,
Bedelia

You Might Also Like

12 Comments

  1. Seksa nak tunggu bas lama-lama.
    Alhamdulillah selamat sampai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah, tapi kira ok lagi 12 pagi bertolak tu,dengar cerita ada yang bertolak 4 pagi. Kalau saya, mungkin dah sejuk beku dah kat dewan tu.

      Alhamdulillah ^_^

      Delete
  2. Assalamualaikum. Simpan kenangan ni bebaik. tak semua orang boleh merasai n lalui...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. InshaAllah, dah simpan kenangan ni di blog, hehe.

      Delete
  3. We're gonna remember each and every moment of this for a very long time. so glad that you're finally home.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeap! So many touching, sad and happy stories to be shared with the people in the future hehe. I always thought about what interesting stories can our generations share to our grandkids, I remember my grandma sometimes would tell about her hardship before the independence day. I guess telling Covid-19 stories would be pretty interesting.

      Alhamdulillah, seronok sgt duduk rumah. Sunyi betol duduk kat hostel tu. xD

      Delete
  4. Punya seronok nk balik kpg, sampai terlupa luggage.. hehe.. Alhamdulillah, selamat sampai di kpg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah tu hahaha. tapi saya ni mmg kuat pelupa pon. Alhamdulillah, tu pon kena balik shah alam minggu dpn :(

      Delete
  5. Kejap,,kita tengok dulu esok sambung baca.heheheh

    ReplyDelete
  6. Wah...pengalaman barulah utk awak. Pukul 12 pagi ya,kalau saya mmg aaya dah terlentok. So sekarang tonsil dah okay ke belum?

    Kirim salam dekat mak ya. Hehe

    Btw mana beli spek tu eh...cantik pula! 🤣 selalu nampak bulat dgn petak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf ye lambat reply ^^'
      Saya beli dekat focus point awak. rasa sekarang byk je frame pelik2. saya pernah tgk yg mcm hexagon pon ada. tapi nk pakai yg tu kena berani lah,hehe

      Delete

Terima kasih atas komen anda :) Untuk reply yg lebih pantas, boleh hantar atau notify saya di Curheart.logika@gmail.com.

***Boleh juga tinggalkan emel anda beserta komen, supaya saya dapat notify anda. Harap maaf atas kesulitan.


SUBSCRIBE to not miss my updates! :)

Enter your email address: