Throwback: OPS Hantar Pulang Pelajar 1

Paying tribute to Covid-19 frontliners through art | Life | Malay Mail
Assalamualaikum semua. Lamanya aku tinggalkan blog, tak mampu nak mintak maaf sebab bulan depan akan buat lagi hehe. Sejujurnya, aku agak sibuk kebelakangan ni dan ada jugak isu-isu lain yang buatkan aku sukar nak update blog. 

Ya gais, aku dah balik kampung, yeayyyy!!!! Tapi perjalanan aku untuk pulang punyalah mencabar. Aku rasa macam emosi aku ni dah dicampak dekat rollercoaster. Sekitar awal Ramadan selepas perutusan dari TSMY,  pelajar yang masih ada sekitar MSU ditambah ke group Whatsapp mengikut zon kampung masing-masing, jadi aku masuk dalam group Zon Selatan. Aku nekad nak balik, sebab kalau tak....

1. Aku tak tahu bila lagi aku boleh balik. Aku rasa macam sikit lagi nak mental duduk dekat Shah Alam tu, dengan orang rumah masing-masing buat hal sendiri. Sunyi kau tau tak? 

2. Program ni dipantau kerajaan dan ada prosedur ketat, jadi aku tak risau sangat. Selama ni pon, aku tak balik sebab saranan kerajaan juga.

3. Pihak pengurusan MSU (SCD) pon syorkan kami balik sebab kerajaan dah taja. Rugi kalau tak balik. 

COVID-19: Muar kini zon merah | Nasional | Berita Harian
Cabaran 1: Zon Merah
Masalahnya, bila aku dah nekad nak balik, rupanya yang kampung zon hijau je boleh balik. Aku duduk JB, memang bye2 la jawabnya. Tahu-tahu aku dibuang dari group. Aku dah lah dah sedih, terus jadi sedih dan sentap, haha. Beberapa hari kemudian, aku ditambah ke dalam group Zon Selatan 2. Rupanya, diorang dah benarkan pelajar pulang ke Zon Merah sebab katanya zon merah tu berubah setiap hari. Tarikh yang ditetapkan untuk balik ialah 5 Mei.


Cough: Causes, Diagnosis & Treatment
Cabaran 2: Uhuk Uhuk
Aku risau juga sama ada aku boleh balik ke tidak sebab masa tu, aku batuk dan dah sebulan lamanya. Kami kena buat pengesahan kesihatan di klinik dan isi dua borang. Aku pergi Klinik A, tapi katanya tak buat. Aku pergi Klinik B pula, bertubi-tubi kena tanya dekat counter tu berkenaan Covid-19. Aku rasa bakal mak mertua aku pon takkan tanya aku banyak macam ni. Tapi aku faham tu tanggungjawab diorang.

Can You Sue Someone for Emotional Distress? | SFVBA Referral
Cabaran 3: Gangguan Emosi
"Saya batuk dah sebulan" Kau boleh bayangkan tak reaksi diorang. Bila dah masuk tu, doktor tu bebel la jugak sebab batuk dah lama tapi tak jumpa doktor. Dr. kata tekak aku merah betul. Lepas tu, dia suspek aku ada TB. Haaaa, kau bayangkan reaksi aku pula. Tapi doktor ni bermasalah juga, sebab sibuk dengar diri sendiri, asyik nak men-TB kan aku je. Dia tanya aku, berat badan ada susut tak. Aku cakap ada, tapi sebab aku banyak tak makan. 

Boleh pulak dia cantas aku, dia cakap ni bukan pasal tak makan tapi pasal selera. Dah sah-sah aku catur makanan masa PKP ni, lepas tu aku puasa lagi, standard la berat badan turun sikit. Aku bukan duduk rumah sendiri sampai nak melantak makan. Semua benda aku cakap = TB! Frust aku der. Disebabkan aku pelajar dan dia doktor, sah-sah la dia yang menang. Sebab tu lah masa history taking, tak digalakkan tanya leading question. As you can guess, Dr. declare aku tak sihat atas borang pengesahan.

Atika Putri Martoidjoyo: DANBO HISTORY :')
Aku cakap dengan SCD, aku mungkin tak boleh balik. Malam tu, aku nak packing pon macam takde mood, sebab belum tentu boleh balik. Mak aku pon aku tak beritahu apa-apa sebab tak tahu nak cakap apa lol. Gila apa nak cakap aku kena suspek TB. Pagi 5 Mei tu, dapat mesej pelan B. Team Zon Selatan dibahagi kepada dua, 5 Mei dan 7 Mei, aku pula termasuk dalam 7 Mei. Kiranya pelan B ni penyelamat aku la.

Esoknya aku disuruh pergi MSU Medical Centre (MSU MC) untuk buat health screening. Nak dipendekkan ceritanya, berlaku kekeliruan. Aku cakap dengan pihak SCD aku bawa dua borang tu, tapi diorang ingat aku bawa borang baru, padahal aku bawa borang semalam hehe.

Bila pihak hospital nampak aku dah isi 2 borang tu, dia kata dah tak payah isi dah. Aku sendiri tak faham kenapa nak kena buat health screening, sebab dah buat kot semalam. (Aku ni jenis kuat blur) Jadi aku bantai je la cakap aku ada batuk dekat diorang, lol. Sebab aku ingatkan orang SCD nak second opinion on batuk tu. Disebabkan tu, staff MSU MC nak aku buat ujian Covid. Like?? Aku ada simptom batuk je kot, aku tahu la sekarang musim Covid tapi banyak lagi kot penyebab batuk dalam dunia ni.

Aku tanya berapa? Ada diskaun pelajar u olls... RM330 JEEEE!! Memang muka aku ni muka orang berpenyakit kot. Semalam TB, hari ni COVID. Aku berdegil taknak buat sebab lama kot sebulan batuk tu, tak masuk sakit tekak dan masa takde simptom lagi. Kalau betul aku ada Covid-19, macam pergh kuat betul imuniti aku, demam pon takde. Aku makan maggi je padahal.

Surah Asy-Syarh
BREAKDOWN
Depan hospital tu, aku contact SCD dan kata aku tak nak buat sebab mahal, aku dah keluar duit banyak dah semalam dekat klinik takkan nak keluar lagi. Dia tanya kenapa aku pergi klinik luar, tak pergi MSU MC. Aku dah hairan sebab setahu aku dia yang suruh pergi klinik luar. Masa tu aku ada la rasa macam aku barun kena marah, lol. Tapi tak boleh nak salahkan dia juga sebab ye la, penat weyh handle banyak students. Lagi-lagi yang blur macam aku.

Masa jalan kaki balik ke rumah, baru dapat tahu dia sebenarnya nak aku isi 2 borang baru tapi aku  isi borang hospital je. Masa tu rasa macam terlebih bodoh dan sangat penat. Nak print borang, tak bawa duit. Nak patah balik, tak larat. Nak hadap staff yang sama tadi, segan.

Aku kusut jugak la masa tu. Aku nak sangat balik, tapi nampak macam banyak betul dugaan. Proses di hospital tu buat aku penat, lama kena tunggu, orang ni datang orang tu datang.  Pengakuan batuk sebulan pulak buat aku rasa macam parasit. Ye la, siapa nak dekati orang batuk masa musim Covid-19 ni. Aku tengah terlampau penat secara mental + fizikal + sensitif masa tu. Akhirnya, aku menangis juga dalam bilik aku hahaha. Aku ingat time raya aku nangis, rupanya awal dari tu aku menangis. 

PART 2 coming soon...

P/s Btw, aku takde TB, ok. Yang aku kelakar, doktor tu siap pakai face shield masa aku mula-mula datang, tapi lepas result keluar, dia sempoi je pakai surgical mask.

Love,
Bedelia

You Might Also Like

11 Comments

  1. Kadang benci sedikit dengan doktor.
    Ahaks pasahal ada adik-adik kerja doktor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. benci manja2 gitu je la. Woah lebih dari satu tu kerja doktor. Saya dulu nak jadi doktor juga tapi tukar fikiran lepas SPM ^_^

      Delete
  2. hasih dah musim mcm ni jdi tkut lak bila batuk2 ni..stay safe...

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. mula2 macam risau jugak kalau2 terkena Covid-19 ni, lepas tu tengok simptom lain takde, so macam tak risau sangat lah. Lagipon, saya memang senang dapat masalah tekak

      Delete
  3. I totally feel you. Felt the same when I was stranded there too.
    I hope you're feeling better now.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup yup much better. Macam mana tak elok pon rumah kita, tetap rumah di hati, hehe.

      Delete
  4. Mana sambungannya? Hahaha

    Harap batuk dah reda ya. Terseksa juga kalau lama².

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Saya boleh kata batuk saya dah hilang. Maap la ye belom update lagi hahaha malu saya

      Delete
  5. Aduh part yang untuk student rm330 jeee. Hmmm nangis jap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aloo jangan nangis, haha. Saje saya berdrama sikit di situ, hahaha. Walaupon ada diskaun, hakikatnya diskaun tu tak bermakna apa2 kerana masih terlalu mahal untuk saya T_T

      Delete

Terima kasih atas komen anda :) Untuk reply yg lebih pantas, boleh hantar atau notify saya di Curheart.logika@gmail.com.

***Boleh juga tinggalkan emel anda beserta komen, supaya saya dapat notify anda. Harap maaf atas kesulitan.


SUBSCRIBE to not miss my updates! :)

Enter your email address: