Dunia Opto: Apa Itu History Taking?

Minions discovered by Lucianna RaD on We Heart It
Assalamualaikum semua. Selesai sudah final exam aku pada Sabtu lepas, Alhamdulillah. Salah satu ujian yang pelajar Opto perlu buat hari tu ialah OSCE (Objective Structure Clinical Examination). Masuk tahun kedua ni, kami sudah mula berjinak-jinak dengan aspek clinical. Cuma macam tersadai sikit sebab PKP ni. Dalam OSCE ni, kami perlu buat latihan simulasi untuk uji skill History Taking kami sebagai pelajar Optometri.

Sebelum OSCE, aku pernah buat history taking 3 kali je. Dua kali masa pembelajaran, sekali untuk projek video history taking dengan kanak-kanak. Bila tengok video tu, aku rasa nak termuntah la jugak dengan betapa teruk dan merepeknya sesi history taking aku tu. Dengan eye contact ke mana,  soalan entah pape, aku tanya aku yang jawab, lol. To be fair, aku buat benda tu online, jadi macam susah sikit nak berkomunikasi. Tapi takpe, practice makes perfect! 

Sebelum Optometris periksa mata, kami perlu buat history taking dahulu, bukan boleh main redah je. History taking ni SANGAT PENTING sebab dari sini je, kami dah boleh buat beberapa diagnosis berdasarkan aduan pesakit. Bukan Optometri saja perlu buat, doktor dan lain-lain bidang dalam sains kesihatan pon belajar benda ni.

Format Soalan History Taking (versi Opto):

Contoh soalan & jawapan bagi patient's complaint.

1. Patient's Complaint; Simptom utama, simptom sampingan, kekerapan, lokasi, permulaan
2. Visual Demand; Gaya hidup, pekerjaan, hobi, pandu/ tak, outdoor @ indoor
3. Patient's Health History; Waktu dan lokasi terakhir pemeriksaan kesihatan, masalah kesihatan, alergi, ubat
4. Patient's Eye History; Waktu dan lokasi terakhir pemeriksaan mata, masalah mata, pembedahan mata.
5. Family's Health History; Sejarah kencing manis/ darah tinggi dalam keluarga, alahan, ubat
6. Family's Eye History; Sejarah glaukoma, buta, katarak, pembedahan. Masalah mata ahli keluarga.

Diabetic Retinopathy - Ocutech
Soalan-soalan ni walaupon mungkin ada yang nampak tak relevan, semuanya ada kaitan dengan mata dan sesama sendiri. Kami kena tahu sejarah kesihatan keluarga sebab ada banyak masalah yang berkait dengan keturunan. Untuk masalah kesihatan, kami selalu tanya pasal darah tinggi dan kencing manis sebab dua penyakit ni boleh rosakkan saraf mata.

Bila aku belajar dan berlatih, baru aku sedar history taking ni berseni rupanya. Banyak soalan yang perlu dihafal dengan teliti. Soalan sampingan pon ada dan bergantung pada situasi pesakit. History taking ni penting untuk diagnosis, pemilihan pemeriksaan mata, rekod pesakit dan akan diambil kira untuk pemilihan lensa spek. Kami kena tanya banyak soalan untuk dapat rekod yang setepat mungkin. Sebab mungkin soalan tu pemahamannya berbeza antara setiap pesakit.
Parah weyh macam ni kalau tanya satu soalan je, haha.

Lagi satu, kami kena pandai berkomunikasi supaya pesakit selesa. Lain pesakit, lain cara. Dengan nenek, mungkin guna bahasa Melayu dan perlu sensitif bila tanya pasal penyakit. Untuk budak kecik, perlu ringkaskan ayat supaya senang faham dan tak bosan. Untuk lelaki single, mungkin aku kenyit2 mata. Lepas tu, elak guna bahasa medikal, sebab kita cakap dengan pesakit, bukan nak buat kuliah.

Optometry | Nursing and Health care | Health care Researches
Masa OSCE, kami akan dapat 'pesakit' yang diberi skrip dan perlu berlakon. Contohnya, pesakit perlu berlakon suka garu mata dan ada simptom mata kabur. Skrip ni lengkap dengan 6 format soalan tadi. Makin banyak soalan/ jawapan yang tertinggal, makin kuranglah markah. Kami juga akan dinilai berdasarkan profesionalisme dan skill komunikasi. Waktu PKP ni, kami buat melalui online je. Pesakitnya rakan sekelas, pemeriksa pon hanya satu. Jadi tak lah seram mana , hehe.



Itu saja sharing kali ni, moga bermanfaat. Btw, aku jarang buat entri tentang Optometri sebab aku rasa topik ni agak berat untuk aku kongsi, lagi-lagi sebagai pelajar baru. Mencabar pon ye, sebab kena guna bahasa yang sesuai, takut ramai terlelap wakaka. Takpe, InsyaAllah, aku cuba untuk pertambahkan lagi entri Optometri, hehe.

Love,
Bedelia

You Might Also Like

16 Comments

  1. Kiranya kena bijak tanya soalan yang betul dan spesifik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah betul tu. Tapi biasa bila nervous, tertinggal juga satu dua. Nak tanya banyak sangat pulak takut lama sangat history takingnya.

      Delete
  2. thanks for sharing..suka baca..teingin nk tengok video tu..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi baca.

      hahahaha, cukuplah saya seorang je yang nak termuntah dgn video tu xD video tu saya buat kenangan bila dah graduate nanti

      Delete
  3. First time ni baca blog student opto. Complicated ye. History taking pun dah jenuh nak paham ni T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh saya yang first. Dulu sebelum ambil kos Opto, saya banyak rujuk blog2 bloggers Malaysia, sbb tu kot saya pon nak buat content opto.

      Masa mula2 memang susah, bila dah biasa tak lah susah sangat. Lagipon benda ni benda paling basic dalam practical kami, hahaha. Nak tak nak kena hadam jugak.

      Delete
  4. im so impress reading this. you must be so smart!! even izzati macam susah nak faham directly but still i want to know more!! wish could read more from you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaaaaaa takde la biasa2 je xD We all need time to understand new things. Rasanya nampak susah sbb sya cuba simplify sebanyak mungkin, hehe. I'm still not familiar with sharing educational things,lol. I'm scared if people will think it's too hard or boring. Tq izzati ^_^

      Delete
  5. wow i learned new things now

    ReplyDelete
    Replies
    1. It's good for the mind to learn new things everyday :D

      Delete
  6. Ya la history taking mcm doktor banyak tanya itu ini masa kita masuk bilik rawatan. Memang rimas tapi sebab dari HT itulah perawat boleh diagnosis apa yg tak kena dengan kita kan. Tp check mata setakat ni tak pernah lagi. Setakat check biasa sebab nak buat cermjn mata je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah, dulu bila senior mintak tolong untuk jadi patient, rasa macam hape benda yang lama sangat ni, lol. Saya sebelom jadi student opto pon tak pernah check mata. Kalau student di uni yang ada kos ni, memang senang nak dapat pemeriksaan mata percuma, hehe

      Delete
  7. Semoga maju jaya dalam apa saja..

    ReplyDelete
  8. Informatif.
    Saya suka membacanya karena menambah pengetahuan kesehatan.
    Salam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih himawan ^_^ yea, benda kesihatan kita kena rajin ambil tahu, sbb kita tak tahu bila kesihatan kita n keluarga terjejas

      Delete

Terima kasih atas komen anda :) Untuk reply yg lebih pantas, boleh hantar atau notify saya di Curheart.logika@gmail.com.

***Boleh juga tinggalkan emel anda beserta komen, supaya saya dapat notify anda. Harap maaf atas kesulitan.


SUBSCRIBE to not miss my updates! :)

Enter your email address: