Tips Sebelum Membeli Cermin Mata (+ Tips untuk power tinggi)

Hamboi besarnya cermin mata.

Assalamualaikum semua. Sepanjang 10 tahun aku menjadi manusia bermata empat, dah banyak kali gila aku bertukar cermin mata, maklumlah ganas sikit lol. Dulu-dulu mak temankan, tapi bila masuk uni, aku mula belajar beli sendiri. Jadi, banyak jugak pengalaman dan proses pembelajaran aku beli spek, lagi2 bila aku masuk kos optometri. Kena tahu jugak pasal cermin mata kita, kalau tak senang kena tipu atau kikis macam aku dulu, HAHAHA.


TIPS BELI SPEK MATA: 


1. Buat Pemeriksaan Mata
Aku masukkan bukan sebab bias ye, hehe. Sebenarnya, ada beberapa condition atau masalah mata yang perlukan teknik tertentu untuk kita dapatkan power spek yang sebenar. Masalah mata ni bukan setakat rabun jauh dan rabun dekat je tau. (Nak cerita betul2 kena buat entri baru) Contohnya, power mata kanan aku supposedly 400 (4.00D), tapi waktu lab, dapat tahu yang rupanya power sebenar aku tak setinggi tu pon. Diorang suspek mata aku ada masalah untuk fokus, sebab tu mata aku suka power tinggi. 

Kawan aku lagi best, dia rupanya rabun dekat tapi spek dia power rabun jauh, haha. Senang ceritanya, kedai spek hanya akan tentukan power spek kita, dia takkan periksa masalah mata kita. Jadi, ada kemungkinan power yang kita dapat dari kedai spek jauh dari power yang sepatutnya. Kadang2 kita hanya akan tahu kita ada masalah mata selepas buat checkup, sebab simptom tak jelas sangat. 


2. Tanya Pilihan Lens & Semak Harga
Untuk yang agak cerewet tentang lens, boleh la tanya dulu lens apa yang kedai tu ada. Sebab sesetengah orang memang nak brand, jenis, dan coating yang tertentu. Sekarang ni, antara coating yang  popular ialah blue light filter coating. Blue lens ni pon ada beberapa generasi. Kalau dulu kita boleh kenal lens ni kalau nampak pancaran biru, tapi sekarang ada generasi ke-3 yang cahayanya hijau dan lebih natural. Sekarang aku guna blue lens versi ni, sangat PUAS HATI. Nak buat kelas Zoom pon nampak lah comel sikit, kalau tak nampak macam ultraman :(

Blue Lens Generasi ke-2
 
Untuk yang selalu di luar, boleh pilih lens yang ada UV protection yang tinggi atau pilih transition lens. Bila kena cahaya matahari, cermin mata kita akan jadi gelap, jadi tak perlu pakai sunglasses. Ada banyak lagi coating, boleh tanya dengan optician atau optometrist di kedai spek supaya diorang boleh cadangkan berdasarkan gaya kehidupan, masalah mata dan bajet kita.
Lens bertukar warna
Contoh pilihan warna untuk transition lens. 


3. Pilih bingkai mengikut saiz muka

Ada banyak je tips di Internet untuk pilih bingkai berdasarkan bentuk muka dan kiraan atau ukuran. Tapi bagi aku, cara yang paling senang ialah pakai sebanyak mungkin cermin mata yang berkenan di hati, hehe. Pastikan spek tak ketat atau longgar. Aku pernah terbeli spek yang terlampau besar. Bila aku tunduk, jatuh weyh spek tu -_- Kalau ada rabun yang agak teruk, boleh minta izin untuk selfie. Sambil tu, boleh hantar dekat keluarga dan kawan untuk tanya pendapat, lol.


Aku sangat lah tak boleh brain benda ni sampai sekarang.


Panduan pilih cermin mata:
  • Lebar cermin mata perlu ikut lebar muka kita.  (Ukur dari tulang pipi)
  • Spek tak melebihi paras kening.
  • Tak kena pipi bila senyum.
  • Terletak selesa dan tak jatuh atau rasa berat pada hidung.


4. Tips untuk POWER TINGGI

Power tinggi dan rendah myopia hyperopia
Boleh rujuk jadual ni untuk semak tahap rabun.
Btw, bagi yang tak tahu, 3.00D tu bahasa pasarnya 300 :D

a) Pilihan Lens
Untuk power tinggi, semestinya lens akan lebih tebal. Kalau nak lens yang lebih nipis, boleh pilih refractive index yang tinggi. Lebih tinggi refractive index, lebih nipis dan ringan lens kita. Harga pon makin mahal la tapi, hahaha. Selalunya diorang akan pilih berdasarkan tahap power kita, kalau power rendah tak perlu lah nak mahal2.


b) Pilihan Bingkai

Tips ni tak wajib untuk korang ikut, cuma boleh dipertimbangkan untuk lens yang lebih ringan dan  nipis. Maksudnya, mungkin boleh kurangkan harga lens, sebab tak perlu refractive index yang terlalu tinggi.

  • Pilih bingkai yang tebal untuk sorokkan ketebalan dan tampung berat lens. Selalunya bingkai plastik lebih tebal berbanding besi. Elakkan cermin mata 'rimless'.
Cermin Mata Rimless

  • Disarankan pilih bingkai yang lens nya kecil dan berbentuk bujur atau bulat. Tujuannya ialah untuk lens yang lebih nipis dan kurangkan distortion. So, kena say bye2 la dekat oversized glasses, hehehe.

Besar VS Kecil

  • Elakkan bingkai yang ada banyak bucu tajam sebab mungkin agak sukar untuk potong lens yang tebal.

Setakat tu saja perkongsian kali ni, harap bermanfaat. Boleh la praktikkan bila nak beli cermin mata. Nak buat cermin mata bukannya murah kan, jadi kenalah beli cermin mata yang berkualiti supaya tak perlu asyik nak tukar. ^_^


Love,
Bedelia

You Might Also Like

34 Comments

  1. Wah Kira Curheart boleh sudah buat vermin mata sendiri.
    Memang faham saranan Curheart tapi sama tidak boleh hadam(brain) bentuk muka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli boleh, betul2 buat sendiri tu tak mahir lagi, haha. sempat buat 1 je.
      Yeeee!!! Kadang2 tu, satu selebriti ada dua bentuk muka dekat website lain2 lol.

      Delete
  2. thank you for the tips..akk power tinggi..mmg tak boleh pakai yg frameless..tapi teringin..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 ^_^ Saya ada kawan yg power tinggi dan pakai yg frameless, sbb memang dia prefer yg begitu. Tapi dia pilih yg frame kecil lah. Kalau saya mmg xleh pakai frameless, sbb ganas sangat, haha. Jahanam nanti.

      Delete
  3. Cuya baca entri ni sambil cek spec CUya XD

    Spec ni Cuya minta pendapat optometrist tu sendiri..dia kata okay,CUya pon ON JELA..
    dpaat harga student lak tu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, tu lah silap saya tak catat betul2 finding diorang masa tu xD Woah bestnya dapat harga student! Setakat ni mcm tak pernah jumpa kedai spek yg offer discount tu

      Delete
  4. Saya beli spek pakai pakai test sesuai tak utk muka hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lah. entah berapa cermin mata ntah saya pakai. lepas tu pekerja tu tengok je dari jauh hahaha

      Delete
  5. Entry awak very informative. Keep it up dear! Nanti nak beli spec, eza refer sini jee.


    Eza follow sini ya, blog eza baru sehari. Jemput datang melawat kawasan, https://paejahbebels.blogspot.com/.

    Salam kenalan.

    ReplyDelete
  6. no 5 tu kadang2 tgk tak sesuai dgn muka tp ada juga yg tak kisah. selalunya nina orangnya akan bawa mak bt cermin mata. alhamdulillah tak pernah tambah power

    ReplyDelete
    Replies
    1. no.5 ni tips mana eh >.< Orang bila meningkat usia selalunya mmg tak tambah power sgt kalau tak silap.. kalau mcm remaja tu yg selalu bergolak2 lol

      Delete
    2. Betul org veteren jarang tambah power kecuali remaja hehehe. Lama2 tambah power pun mata boleh rosak juga

      Delete
  7. izzati rabun but tak suka pakai spec. pakai pun masa kelas je hehe. btw, thanks for the tips. boleh try ni hehe. <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo tahap rabun xteruk sgt xpela..kalo teruk kena pakai jgk, bahaya kalo memandu

      Delete
    2. @izzati
      Dulu saya macam tu jugak, rasa sebab saya segan kot. tapi bila masuk uni, malas pulak nak pakai tanggal

      @zul
      betul, ikut jugak tahap rabun. selalu mmg kawan yg power tak tinggi atau sebelah mata takde power, dia jarang2 pakai atau tak pakai langsung pon ada

      Delete
  8. jom join giveaway saya https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/12/digital-arts-giveaway.html

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah.. setakat ni tak pakai spek lagi.. :)

    ReplyDelete
  10. pilih spek ni paling susah. Dah jumpa elok harga mahal pulak. Yang murah nampak tak sesuai pulak. Ada yang sesuai, harga dah okay tapi power tak balance dua2 mata so kena nipiskan tapi model camtu xleh nipiskan lens pulak.. adeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. eeeee. awak singgah blog saya hahaha. nasib saya masih igt lagi blog awak lepas blog lama tak aktif.

      Fuish, banyak jugak konflik. Saya selalu masalah pada nak cari yg betul2 sesuai je. Yg duit tu, last2 kopak jugak lah, konon2 investment

      Delete
  11. Assalamuaalaikum... TQ share tips ni.. SS pun nak kena buat spek mata baru dah ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pon. walaupon baru 2 bulan lepas buat cermin mata. Pelik2 betul la mata saya ni

      Delete
  12. Nice tips next time boleh praktikkan.
    Terima kasih share.
    Baru je beli spek untuk anak Mrs. A dah broken haish! sabar yolah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. berapa umur anak tu? saya yg dah besar gedabak ni pon masih patahkan spek sebenarnya so serba salah pulak nak komen apa2 hahahah

      Delete
  13. saya suka spek yang rectangular.. eventho out of style sikit ahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh ye ke out of style. saya rasa ok je. saya pon suka hehehe.

      Delete
  14. selalunya setahun sekali mmg tukar.. tapi tengok budget juga sbb jenis rabun n silau saya tinggi jadi cermin kena yang mahal. huurmmm mmg nasib gitu..

    ReplyDelete
  15. Saya nak tanya, baru2 ni saya ada buat spek baru. Rabun saya agak teruk jugaklah. Lens tebal guna high index 1.74 L:9.00 R:11.50. Persoalannya saya guna terpilih frame yang besar. Sekiranya kalau saya tukar frame lebih kecil, boleh tak gunakan kanta yang sama contohnya alter balik lens tu. Sekian terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak disarankan sebab nanti lens ni dah ada measurement tersendiri. Nanti lari semua measurement tu, nak pakai pon tak selesa

      Kalau nak potong pon, boleh potong sikit je, dan bentuk frame pon kena lebih kurang. Agak susah la sebenarnya dan kesian jugak dkt orang kedai tu nak kena cari xD mungkin takkan jumpa pon

      Delete
  16. Setelah lama menjadi pengguna cermin mata, filter yg paling praktikal adalah filter "kalis calar" (lens cpt bercalar, akan blur kalau melihat melalui permukaan yg bercakar tu) dan filter "anti kabus" (makan sup/makanan panas lens tak kabur). Tapi adakah filter ini ada dipasaran.

    "Transition lens" tak guna pun ok. Tiada masalah sgt bila berada kt tempat panas (majoriti org normal biasa tak guna spek hitam pun selalu bila berada kt tempat panas, bole pun lihat jalan). Bole jimat beratus ringgit tanpa fungsi Transition lens.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada je filter dua2 tu.....

      Kalis calar= Hard coat. Sesetengah lens material mmg sudah agak tahan calar. Tapi utk sy, mmg semua lens lama kelamaan, dia akan calar juga, hehe. Nak elak calar kena disiplin sebenarnya, jangan gosok guna kain sembarangan dan jgn basuh guna pencuci yg terlalu harsh

      Anti kabus= Anti fog. Tapi setahu sy yang ni tak popular.

      Kalau pada saya, saya suka transition lens sbb jenis memang selalu jalan kaki dan silau ^^' so selalu kena cover dgn tangan. bila sy convert transition lens, jadi redup je. Ikut la masing2.

      Delete
  17. Cermin mata saya baru siap untuk rabun jauh. Bila jauh semua okey dah boleh nampak. Tapi bila tengok handphone atau buku, tulisan semua nampak double.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohhhh, saya rasa better jumpa ke optometris. Mungkin power tu tinggi sangat. Nanti optom boleh check kalau power tu ok atau tak, ada masalah juling tersembunyi ke, fokus mata ke.....

      Banyak sgt sebab double vision, so mcm susah nak kata sebab apa kalau tak buat pemeriksaan mata :D

      Delete

Terima kasih atas komen anda :) Untuk reply yg lebih pantas, boleh hantar atau notify saya di Curheart.logika@gmail.com.

***Boleh juga tinggalkan emel anda beserta komen, supaya saya dapat notify anda. Harap maaf atas kesulitan.


SUBSCRIBE to not miss my updates! :)

Enter your email address: