Blog Bertukar Wajah

Assalamualaikum semua. Siapa yang pernah singgah dekat blog ni, mungkin boleh perasan ada beberapa perubahan, hehe. Ada yang besar, ada yang kecil. Semuanya sebagai usaha nak mempercantik dan mengembangkan lagi blog ni. Ye la, tuannya dah berkembang kat rumah, blognya pon kena berkembang supaya adil dan saksama.

1. Header Baru ^_^

Header lama sebab tuan blog suka tengok bintang :)

Header baru sebab tuan blog feeling2 kanak-kanak Ribena

Antara perubahan yang drastik untuk template baru ni. Kalau dulu, aku cuma guna background plain, tapi kali ni, aku design sendiri supaya nampak lebih sesuai dengan tema blog ni. Nampak lah macam ada personaliti sikit kan. Aku design guna Canva je, skill aku dah terlalu karat untuk guna Photoshop, Gimp etc, hehe.

Mungkin ada yang tertanya kenapa guna Minion? Sebabnya minion comel dan minion pakai cermin mata mcam aku :P Sesuailah memandangkan aku ada rancangan nak banyakkan artikel tentang mata lepas ni.

2. Tema Sirap Bandung Cincau
Dah ada scrollbar baru :D

Kalau dulu, temanya putih dan perang, kali ni aku tambah warna merah jambu supaya nampak lebih ceria. Kalau semuanya perang, aku rasa macam kusam sangat kot blog ni. Simple je perubahan yang aku buat, sekadar tambah beberapa benda. Sebabnya, aku guna template online, jadi aku sangatlah pening dengan coding dia, hahaha. Banyak kali nak ubah, tapi tak jalan. Jadi aku ubah yang mana mampu je.

Tetiba teringat, dekat blog lama dulu, aku rajin gila tau tukar template. Template tu pulak aku buat sendiri, gigih cari tutorial dekat sana sini. Sekarang? Hmmm, tak kuasa. Aku pon dah banyak lupa macam mana nak edit template sendiri.

3. Surpriseeee! 
Haaa,dulu aku sorokkan widget ni. Salah satu sebabnya ialah malu nak tunjuk sebab ciput jea, hahaha. Ye lah, blog lama dulu dah dapat kumpul follower, jadi bila buka blog baru macam janggal dan kesian bila tengok ada 0 pengikut. Hmmm, memang mencabar bukak blog baru, berbanding teruskan dengan blog lama. Tapi takpe la kan, semua bloggers on bermula dari 0, bukannya tetiba dapat 1000 followers. Kalau sudi, jemput lah follow blog ni ^_^

4. Lain-lain
Ada juga beberapa perubahan lain, nama blog pon aku dah tukar dari Curheart Logika kepada Curhat Logika. Sebenarnya aku perasan jugak blog ni tak banyak perkembangan, mungkin sebab blog baru. Aku pon tak rajin update dan blogwalking. Bila aku semak hari tu, rupanya blog aku takde pon dekat Google, tak tahu lah nak gelak ke nangis, lol. 

Lepas ni, aku target untuk buat sekurang2nya 10 artikel sebulan, tak boleh malas-malas lagi. Barulah nampak elok dan informatif. InsyaAllah, semoga dipermudahkan. Harap ok lah template baru ni, kalau ada cadangan, jangan segan untuk komen ^_^


Love,
Bedelia

You Might Also Like

14 Comments

  1. Blog baru rupanya. Kali ikut pandangan melalui telefon bimbit, warna putih. Nanti nak cuba tengok pandangan melalui web.
    Apapun cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat komputer pon memang warna putih, cuma warna sampingan je yang pink dan perang

      haah blog baru. Dulu bila rindu nak berblogging, selalunya saya activatekan balik blog lama, tapi rasa mcm dah tak de privacy dahh dekat blog lama tu ^^' Terima kasih NA

      Delete
  2. Header yg cute..wahh..terer edit sendiri..

    Keep on writing & blogging..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih... takdenya terer, saya edit sikit2 je guna template yang dah ada ^^ boleh la cuba2 pergi canva kalau nak design something nanti.

      InsyaAllah, kena menulis kalau x rindu balik hee

      Delete
  3. minion comel sangat!! ala, apa salahnya jadi kanak-kanak ribena sekali-sekala. hehe. cute dan sweet je kan!! i love the theme so much. lagi-lagi minion. so kawaiii~ ❤️🌻

    ReplyDelete
    Replies
    1. teringat dulu saya suka sakat kawan saya sbb dah besar2 pon suka sgt minion, hahaha. ni jangkit dengan dia la ni.

      Tq izzati. ^^ yeah this theme needs some minions. otherwise it looked a lil plain lol

      Delete
  4. Blog yang cantik ! Saya suka . Follow awak ye

    ReplyDelete
  5. blog cute jeeee! suka tgok header.. =)

    ReplyDelete
  6. i like how it looks either way. just update whatever you like and don't worry about it, slowly but surely okay. you can do this.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awwww! tq for those kind and encouraging words.

      Delete
  7. Replies
    1. Terima kasih ^_^ tpi tangan ni macam gatal pulak nak tukar balik lol

      Delete

Terima kasih atas komen anda :) Untuk reply yg lebih pantas, boleh hantar atau notify saya di Curheart.logika@gmail.com.

***Boleh juga tinggalkan emel anda beserta komen, supaya saya dapat notify anda. Harap maaf atas kesulitan.


SUBSCRIBE to not miss my updates! :)

Enter your email address: