Tips Penjagaan Cermin Mata

What's the right way to clean and treat your glasses? | Singapore
Assalamualaikum semua. Siapa sini pakai cermin mata, sila angkat tangan cepattt. Kita geng! Sebenarnya aku rabun sejak sekolah rendah lagi, cuma aku hanya pakai cermin mata waktu tingkatan 1. Tu pon on-off. Tahun ni, kiranya dah 10 tahun aku bermata empat.

Sepanjang 10 tahun tu, percayalah. Betapa banyaknya spek aku dah pakai dan betapa banyak yang aku jahanamkan! Terpatah sebab terduduk la, longgar la, lens terkeluar, macam-macam sejarah aku dah cipta. Sampai sekarang pon, masih banyak yang aku masih belajar pasal penjagaan spek. Sama ada dari internet atau dari optician.

Bila aku tengok sekeliling, aku selalu nampak penggunaan spek yang salah walaupon dalam kalangan pelajar optometri sendiri, termasuk aku kahkah. Jadi hari ni, jom belajar cara guna dan jaga spek. Penting ya, sebab bukan murah lagi-lagi untuk yang kuasa spek tinggi. Yang tak pakai spek, silakan belajar juga. Mana tahu boleh betulkan pemakai spek lain atau anda mungkin memerlukannya untuk diri sendiri satu hari nanti, hehe.

TIPS PENJAGAAN CERMIN MATA: DO's & DON'Ts


Untuk lebih tips, boleh tonton video yang direkod oleh rakan optometris seperjuangan saya :)

10 Best Glasses Cases Reviewed and Rated in 2020
1. Cara betul untuk simpan cermin mata
Bila tak digunakan, simpan cermin mata dalam bekas atau kantung supaya bersih dari habuk dan tidak rosak. Pastikan lensa berada di atas supaya tidak calar. Tips ni penting sebab ramai yang pakai cermin mata on-off, jadi perlu tahu cara penyimpanan betul. Ketika tak pakai cermin mata, contohnya waktu berwudhu, letakkan spek di tempat yang selamat. Elakkan gantung pada kolar baju. Kalau jatuh di lantai ok juga, kalau jatuh dalam jamban atau longkang? Say bye bye to your glasses hehe.


Amazon.com: Better Seeing Eyeglass Cleaner Kit - w/Microfiber ...

2.  Cara lap cermin mata
Mesti korang selalu nampak orang lap cermin mata guna baju kan? Tak elok sebab boleh calarkan lensa. Baik-baik kotoran tu boleh hilang, kita tambah pula calar yang tak boleh hilang. Bersihkan dengan kain microfiber yang telah dibasahkan dengan lens cleaning spray. Kemudian, lap permukaan lensa. Kain ni selalunya memang akan dapat sebagai barang percuma, kadang-kadang akan dapat dua terus. Pastikan simpan baik-baik dan sentiasa bawa dengan anda. Jangan lupa untuk basuh kain tu sekali sekala supaya berkesan untuk lap.
Joy Refreshing Lemon Dishwashing Liquid 500ml - Tesco Groceries
3. Cara cuci cermin mata
Selain dari lap, boleh juga cuci cermin mata. Apa-apa objek yang kita letak berdekatan dengan muka memang seeloknya dicuci supaya tak timbulkan masalah jerawat. Cara yang mudah ialah menggunakan sabun pencuci pinggan.

Cuci tangan dan letak sedikit sabun pada lensa dan cermin mata. Gosok dengan jari perlahan-lahan dan bilas dengan air. Pastikan air tidak panas. Lap cermin mata dengan kain microfiber. Tolong jangan terlebih semangat dan sental cermin mata guna span basuh pinggan atau berus dawai macam kawan kita dalam video ni.

Effects of Not Wearing Glasses
4. Cara memakai dan buka cermin mata
Ehhh, ni pon perlu tutorial ke? Yaaa! Sebab ramai yang pakai dengan cara yang akan rosakkan cermin mata. Sentiasa pakai dan buka cermin mata menggunakan kedua tangan supaya cermin mata tak longgar. Lagi satu perkara yang boleh longgarkan cermin mata ialah pakai di atas kepala. Sesetengah bingkai cermin mata sangatlah halus, jadi kena la cermat bila guna, kalau tak memang longgar dan senget bila pakai.

Itu sahaja perkongsian hari ini. Moga bermanfaat dan selamat beramal.


 Love, Bedelia

You Might Also Like

9 Comments

  1. Singgah follow sini! hehe
    Kebetulan kita pakai cerminmata juga..nice tips! paling sadis bila kita suruh org ambilkan spek,dia pegang dkt cermin instead bingkai..allahu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ^_^ Paling sadis bila cermin mata kita jenis yg besar! haha. Jenuh nak lap sampai bersih.

      Delete
  2. I always a my lens spray inside my bag so that I can clean it whenever I need to, because sometimes I accidentally touched my glasses.
    I hate it when that happens. Menganggu penglihatan betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. I actually usually don't carry the spray tbh, just the cloth. But I guess I'm gonna make it a habit now.

      I always touch my glasses, sometimes I only realized it after I take a look at my glasses. Like Ya Allah, memang dari tadi kotor mcm gini rupa keeee?? ahaha malu

      Delete
    2. hahahahahaa I feel you. For me it's a habit now. I just to have one with me wherever I go.
      Well, i think it's better to have at least a cloth than nothing at all. hehe

      Delete
  3. Tq for the tips...baru beli cermin mata baru, kena ikutlah tips ni..yg lama cermin patah kena tekan dgn siku, letak atas katil, ralit tgk hp..bhaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila2. hahaha... aduh, tetiba terflashback cerita lama. Nasib baik saya selalu ada cermin mata spare, walaupon power lama tapi boleh guna untuk back up.

      Delete
  4. Hi done follow your blog! Kita geng budak kacamata. Sometimes je I pakai contact lens hehe 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq ^_^ Yeayyy geng. Saya pon sometimes pakai contact lens. Ada beli sebelum PKP sebab lens solution dah nak expired. Sekali PKP, terus tak pakai dua2 lens dan solution tu, lol. Sadis

      Delete

Terima kasih atas komen anda :) Untuk reply yg lebih pantas, boleh hantar atau notify saya di Curheart.logika@gmail.com.

***Boleh juga tinggalkan emel anda beserta komen, supaya saya dapat notify anda. Harap maaf atas kesulitan.


SUBSCRIBE to not miss my updates! :)

Enter your email address: