DIY: Bakul Comel dari Kain Terpakai
Assalamualaikum semua. Dulu masa kecik kan, aku suka ubah dan hias bilik aku. Lepas tu sedih bila mak kemas balik apa yang aku buat tu, hahaha. Sebab aku perasan hasil aku tu cantik sangat. Sampai sekarang aku suka buat kraf dan menghias. Aku rasa kraf ni macam cara untuk meluahkan personaliti dan kreativiti masing-masing.
Lagi satu, buat kraf ni boleh menjimatkan duit. Lagi-lagi bila kita guna barang yang kita dah ada atau barang yang kita dah tak nak. Aku rasa semua orang pasti ada kain atau barang lain yang dah tak nak guna kan? Kan elok kalau kita tukar benda yang kita dah tak nak tu jadi benda lain yang kita perlukan. Satu, boleh kurangkan pembuangan sampah! Dua, jimatkan duit. Benda yang nak dibuang tu dulu pakai duit, benda yang baru yang nak dibeli tu pon, pakai duit. Kalau buat 3R, kan aman tenteram beg dompet tu.
Sebenarnya, bakul ni aku buat untuk pertandingan dari Universiti aku. Walaupon sibuk, aku join jugak sebab nak lengkapkan markah koko. Bila scroll IG tu, nampaklah diorang ajar orang Asli cara buat kraf untuk jana pendapatan. Bagus jugak. Jenuh jugak la nak masuk pertandingan ni, sebab nak buat setup phone+ buat kraf+ edit video jadi satu minit. Tapi Alhamdulillah, berjaya. When there's a will, there's a way!
TUTORIAL BAKUL COMEL:
Tu dia entri aku. Kalau sudi, boleh LIKE ^_^ . Lama jugak aku cari inspirasi dari Internet. Masalahnya aku tak banyak barang kraf, kain terpakai dah bawak kampung dan aku benci jahit! Aku decide buat kraf guna fabric twine sebab comel dan senang. Aku agak puas hati dengan hasil dia, walaupon senget benget macam kepala aku. Btw, diorang ada minta quote recycle untuk caption. Aku masa tu tengah mamai dan malas nak layan, jadi aku pon bantai je la. Jadilah walaupon cliche, wakaka.
Sebenarnya, plan A nak buat lebih kurang macam atas ni, tapi hancus sebab twine DIY aku besar sangat. Tapi aku tetap nak gunakan twine tu sebab susah kot aku nak buat benda tu! Plan B ialah buat alas mug, tak buat sebab macam simple sangat kot? Plan C baru lah Bakul Comel ni. Aku redah je buat DIY ni sebab tak pernah buat lagi.
Banyak cabaran si bakul kecik ni bagi kat aku. Bila twine tu dah siap, banyak sangat benang yang terkeluar. Bilik aku pon jadi semak dengan benang. Aku pon bijak sangat beli lighter je sebab nak bakar tepi kain tu, patutnya beli lilin sekali. Aku ingat nak bakar dekat rooftop, rupanya dah berkunci. Nak buat kat tepi jalan takut kena tangkap atau orang ingat aku dah mental. Jadi aku buat senyap2 dekat tepi tangga hehehe. Nasib takde abang guard ronda-ronda. Hasil kraf ni, jari aku ada blister dan melecur sikit lol. Jari aku pon penuh dengan gam gajah, hahaha.
TIPS & INFO TAMBAHAN:
1. Jangan guna kain stretchy. Nanti susah nak pintal twine.
2. Tepi kain boleh dibakar sikit dengan api supaya benang tak terkeluar. Tapi ni untuk kain yang ada plastik ye, sebab tepi tu akan cair. Hati-hati ye! Lepas dah siap pon boleh bakar lagi kalau ada benang degil. Aku tak buat sebab dah malas dan tak sanggup nak melecur lagi :P1. Jangan guna kain stretchy. Nanti susah nak pintal twine.
3. Boleh buat guna apa-apa bentuk dan saiz. Aku buat mini dan bulat (?) tapi terpulang pada kreativiti. Boleh juga guna bekas lain sebagai acuan supaya bentuk nampak kemas.
4. Boleh gam guna gam gajah macam yang aku buat. Boleh juga guna hot glue. Kalau nak selamat, aku suggest pakai sarung tangan.
5. Bakul ni boleh tahan kuat tau! Sebab gam gajah tu buat kain tu jadi keras. Aku pon terkejut. Walaupon kecik, muat jugaklah nak letak beberapa lipstick.
Selamat mencuba!
Love, Bedelia.
21 Comments
Eloklah kan pakai barang terpakai.
ReplyDeleteSaya tak kreatif sangat. Kalau diberi barang tu mungkin ambil masa nak buat camne.
Dah follow balik.
kerja yg bagus memang selalu ambil masa, hehe. Saya pon nk buat bakul ni ambil masa jugak, sampai ke plan C lagi. Terima kasih :)
DeleteThat is so cool. I don't think I can ever make one.
ReplyDeleteI don't have that talent for arts hahahhahaa
It's ok, everyone has their own unique talent. I'm sure u are a very talented person :P Actually, I don't consider myself to be talented in arts as well haha. But I still do enjoy making things.
DeleteThat is great. I'm always amazed when people make things out of something. Well, you have that capabilities to do so. ^^
DeleteAs long as you enjoyed it, nothing else matters. hehe
Dua2 bakul tu cantik 💖
ReplyDeleteTerima kasih ^_^ Kan... saya masa mula2 tengok bakul heart tu pon rasa tertarik, lagi2 nampak macam mudah.
DeleteCantiknya bakul bentuk LOVE itu. 🤩
ReplyDeleteHaah..seronok kalau buat benda guna bahan terpakai. Asalkan ada idea dgn bahan².
Cantik kan ^_^ Saya plan buat benda tu guna tin minum actually, konon inovatif la nak tukar2 idea orang.
DeleteSekali tak menjadi ahaha. Ye la, mana saya nak cari lidi bagai waktu PKP ni. Kalau ada pon, silap2 saya mengidam nak sate je lepas tu
Kreatif dan cantik! Good idea untuk recycle. Singgah and follow sini ya. Salam kenal! :)
ReplyDeleteTerima kasih :) Salam kenal juga hehe
DeleteKretifnyaa.. comelje bakul tu.. kalau ika ni tak tahulah macam mana hasilnya ya ampun.. hahaha good job!! :D
ReplyDeleteComel tu pon sebab malas nak buat twine panjang2 lagi hahaha. Sakit jari buat mende tu. InsyaAllah kalau awak buat menjadi jugak. Senang je sbenarnya benda ni.
Deletewow ini kreatif sangatt!
ReplyDeletebagusnya recycle balik barang terpakai :D
Haah bagus. Bagus untuk kita dan bagus juga untuk bumi :) Almaklumlah, saya tengah nk jadi lagi hijau sekarang ni
DeleteKreatif dan saya suka!.
ReplyDeleteSaya juga selalu mengajarkan ke para keponakan untuk tidak membuang barang bekas yang sekiranya dapat dimanfaatkan untuk kerajinan tangan.
betul.Saya pon kadang-kadang sayang nak buang barang. Selalu terfikir benda apa boleh buat dengan barang tu. Tapi akhirnya benda tu jadi semak dalam bilik je sebab saya malas sikit kadang2 hehe
Deletekreatifnya!
ReplyDeleteSaya suka juga krafting ni...tpi lebih kepada buat something drpd perler beads dan origami 3D. Ada saya pos kan hasil karya disni..
https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/01/creative-thingy.html
rjin2 singgah la lagi..hehe
Saya kena google jap tadi perler beads tu apa, hehe. Haah, saya ada jugak baca pos2 awak buat kraf ^_^
DeleteKreatif dan cantk sangat ! Wahhhh. Tapi tuu laa kan. Nak buat benda ni kena rajinnn. Hahaha. Kita malasss. =P
ReplyDeleteBtw, terima kasih singgah blog kitaa. Kita dah lama takbukak blog. Baru je bukak ni. Kita balas kunjungan dan follow sini ya. Salam kenal tuan blog ! ;)
Salam berkenalan. Terima kasih ^^ Haah betul tu, nak buat kraf memang kena rajin. Sebab makan masa dan bilik akan jadi bersepah.
Deletesaya pon sama baru bukak blog, fresh dari oven jugak la.
Terima kasih atas komen anda :) Untuk reply yg lebih pantas, boleh hantar atau notify saya di Curheart.logika@gmail.com.
***Boleh juga tinggalkan emel anda beserta komen, supaya saya dapat notify anda. Harap maaf atas kesulitan.