Relevan ke Baca Manual ?


Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, selesai sudah final exam minggu lepas, baru lah dapat chill sikit. Sayangnya, disebabkan PKP 3.0 ni, lab kami tergendala terus dan kena repeat balik sem depan :') Serious, aku tak rasa macam aku pelajar tahun ke-3 . Community service pon kami boleh buat online je.


Haaa, nak tanya sikit. Korang kalau beli benda baru, selalunya baca tak manual yg diberi tu? Kalau aku, kadang aku baca, kadang aku campak terus ke tepi. Mungkin aku feeling2 hebat agaknya kalau dapat buat  benda tanpa manual, lol, perasan. Penting ke baca manual ni? Haruslah, melainkan kita memang dah pro. Kadang2 penjagaan/ penggunaan barang ni tak sama sebab brand dan model. Sekurang2nya kena baca lah sikit utk dapat gambaran. 


KENAPA ADA MANUAL???

1. Sebab manufacturer lebih tahu tentang produk tu
Pihak manufacture lebih tahu cara penggunaan produk dia, apa yang boleh  buat dan tak boleh buat. Dia dah beri kita produk, takkan la dia nak biar kita terkapai-kapai fikir sendiri macam mana nak setup dan guna produk tu kan? Aku pernah struggle gila pasang produk sebab dah lah banyak bahagian, manual pon tak de! Sampai sekarang, ada satu komponen yang tertinggal, haha. Aku keliru sebab tak boleh brain benda tu nak letak dekat mana 😕 Tapi Alhamdulillah berfungsi je benda tu.


2. Untuk elak kerosakan atau ancaman
Setiap produk ada cara guna yang sebenarnya. Ada do's & don'ts yang tersendiri. Kalau tak ikut, ada risiko sebab produk tu mungkin akan cepat rosak atau bahayakan kita. Sesetengah produk tak boleh guna lama, setengah produk tak boleh kena air. Kalau rosak sebab kita yang cuai tak baca manual, kiranya kita kena tanggungjawab sendiri la kan.


Nampak tak kepentingan baca manual ni? Bukan setakat manual mesin je, nak ambil ubat pon kena baca leaflet dia, nak cuba produk masakan pon kadang kena baca arahan dia untuk elak tak jadi. Tapi faham je la kan kenapa orang malas nak baca manual, arahan, rubric, pesanan, announcement etc. Selalunya kita abaikan benda2 di atas sebabnya kita rasa kita dah tahu cara nak buat benda tu. Jadi buat apa nak bazir masa?

Ada waktu memang menjadi, tapi pernah tak korang degil tak nak baca manual.....dan lepas tu terkial-kial dengan benda tu sampai bazir masa?😅  Akhirnya, kutip balik manual yang ditolak tepi tu. Haha, aku pernah. Tu lah akibatnya bila malas nak baca & suka ikut kehendak sendiri.


MANUAL YANG DIABAIKAN

Haa, sebenarnya aku bebel panjang lebar untuk sampaikan benda ni, hihi. Dalam banyak2 manual, ini lah manual yang paling penting! Mesti kita semua setuju yang Al-Quran tu panduan hidup kan? Tapi sejauh mana kita beramal dengan apa yang kita kata tu? Betul ke kita pandu diri kita dengan Quran?

Dalam manual, selalunya akan ada banyak bahasa. Dah tentu kita akan baca bahasa Melayu atau English, atau mana2 bahasa yang kita faham. Kalau tak, macam takde beza lah antara kita dengan orang yang tak baca langsung manual tu. Dua-dua masih tak tahu.

Sama macam al-Quran, ia diturunkan dalam bahasa Arab. Kebanyakan kita tak fasih dengan bahasa Arab. Jadi, seharusnya kita perlu baca terjemahan jugak. Kalau tak, macam mana nak betul2 hayati, tersentuh dan beramal dengan isi Al-Quran 😊 



My target, hehe. Agak menyesal beli quran mini sebab agak sakit mata.
 Kalau Quran terjemahan perkata ni, rasanya lebih senang nak belajar bahasa Arab.


Pengakhiran hidup kita ialah syurga atau neraka. Allah tak cipta kita dan biarkan kita pandai2 fikir sendiri macam mana nak masuk syurga. Allah tak kejam :) Allah turunkan rasul, wahyu dan petunjuk supaya kita tahu nak buat apa dengan hidup kita. Allah dah bagi formula yang terbaik. Supaya kita tak rosak, bumi tak rosak. Kita dah ada guideline hidup, tapi kita hidup dengan ikut suka hati kita, hidup dengan apa yang media didik kita. Rugi ke tak tu? 💔


Nak jalan-jalan pon guna GPS untuk elak sesat.

Aku selalu rasa aku banyak lebih luang masa dengan dunia, berbanding dengan Allah, hmmm. Dengan fon punya lah lama boleh bergayut. Patutnya masa kita dengan Allah lebih banyak atau sekurang2nya sama banyak. Setidak-tidaknya sehari satu helai. Lepas tu, boleh tambah. Yang penting istiqamah dan beramal. 

Love,
Bedelia

You Might Also Like

13 Comments

  1. samalah akk, kadang2 baca, kadang2 idok..kalau yg suruh baca online manual, memang malas nak baca, kecuali bila ada masalah...haha..

    betul, Allah banyak bagi panduan hidup dlm Al-Quran...kita kena berusaha utk faham Al-quran dgn baca terjemahan & bertadabbur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la saya pon bukannya baca sangat, haha. cuma sebab sedar diri tak reti pasang barang, baca la jugak. takde la confuse sanagt.

      Betul ^_^ lepas baca quran dan terjemahan, baru lah saya sedar betapa ruginya hidup sy selama ni

      Delete
  2. Betul la tu. Saya pun dah kurang sikit berlari. Dulu hari-hari. Sekarang, seminggu 5 hari je. 2 hari lagi puasa. Bila hari puasa, boleh mengaji lepas subuh. Kita ubah slow-slow ke arah kebaikan. Insya-Allah. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. woahhh, Alhamdulillah. Betul, kalau tak mampu berlari, berjalan...Tak mampu berjalan, bertatih. Yang penting jgn mengundur ke belakang atau berhenti

      Delete
  3. TErima kasih ats peringatan ini. sama2 bantu utk mnjadi diri lebih baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah. selagi masih bernafas ni, byk lagi peluang utk berubah

      Delete
  4. Peringatan utk diri.. skrg tgk fon lebih lama dr membaca al-quran. Dgn nk menjaga anak lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. huuu, saya yg bujang ni pon merepek je kadang pembahagian masa tu

      Delete
  5. aaaa you're such an inspiration! keep on writing sis! i wanna know more from youuu! <3

    ReplyDelete
  6. Bujang memang banyak masa utk merepek heheheh bila dh ada anak ni semua benda2 zaman bujang xdpt buat dh

    ReplyDelete
  7. Guna manual apabila tidak pernah guna barang itu.
    Sekarang luangkan masa tengok #Qurantime untuk memahami.

    P.S: Tidak perasan pos ini. Lama tahun lepas punya.

    ReplyDelete
  8. This is deep. Alhamdulillah. Thank you so much for the good read. I enjoyed it.

    ReplyDelete
  9. comel blog geram saya tengok hehe

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda :) Untuk reply yg lebih pantas, boleh hantar atau notify saya di Curheart.logika@gmail.com.

***Boleh juga tinggalkan emel anda beserta komen, supaya saya dapat notify anda. Harap maaf atas kesulitan.


SUBSCRIBE to not miss my updates! :)

Enter your email address: