Hamboi besarnya cermin mata.
Assalamualaikum semua. Sepanjang 10 tahun aku menjadi manusia bermata empat, dah banyak kali gila aku bertukar cermin mata, maklumlah ganas sikit lol. Dulu-dulu mak temankan, tapi bila masuk uni, aku mula belajar beli sendiri. Jadi, banyak jugak pengalaman dan proses pembelajaran aku beli spek, lagi2 bila aku masuk kos optometri. Kena tahu jugak pasal cermin mata kita, kalau tak senang kena tipu atau kikis macam aku dulu, HAHAHA.
TIPS BELI SPEK MATA:
1. Buat Pemeriksaan Mata
Aku masukkan bukan sebab bias ye, hehe. Sebenarnya, ada beberapa condition atau masalah mata yang perlukan teknik tertentu untuk kita dapatkan power spek yang sebenar. Masalah mata ni bukan setakat rabun jauh dan rabun dekat je tau. (Nak cerita betul2 kena buat entri baru) Contohnya, power mata kanan aku supposedly 400 (4.00D), tapi waktu lab, dapat tahu yang rupanya power sebenar aku tak setinggi tu pon. Diorang suspek mata aku ada masalah untuk fokus, sebab tu mata aku suka power tinggi.
Kawan aku lagi best, dia rupanya rabun dekat tapi spek dia power rabun jauh, haha. Senang ceritanya, kedai spek hanya akan tentukan power spek kita, dia takkan periksa masalah mata kita. Jadi, ada kemungkinan power yang kita dapat dari kedai spek jauh dari power yang sepatutnya. Kadang2 kita hanya akan tahu kita ada masalah mata selepas buat checkup, sebab simptom tak jelas sangat.
2. Tanya Pilihan Lens & Semak Harga
Untuk yang agak cerewet tentang lens, boleh la tanya dulu lens apa yang kedai tu ada. Sebab sesetengah orang memang nak brand, jenis, dan coating yang tertentu. Sekarang ni, antara coating yang popular ialah blue light filter coating. Blue lens ni pon ada beberapa generasi. Kalau dulu kita boleh kenal lens ni kalau nampak pancaran biru, tapi sekarang ada generasi ke-3 yang cahayanya hijau dan lebih natural. Sekarang aku guna blue lens versi ni, sangat PUAS HATI. Nak buat kelas Zoom pon nampak lah comel sikit, kalau tak nampak macam ultraman :(
Untuk yang selalu di luar, boleh pilih lens yang ada UV protection yang tinggi atau pilih transition lens. Bila kena cahaya matahari, cermin mata kita akan jadi gelap, jadi tak perlu pakai sunglasses. Ada banyak lagi coating, boleh tanya dengan optician atau optometrist di kedai spek supaya diorang boleh cadangkan berdasarkan gaya kehidupan, masalah mata dan bajet kita.
Contoh pilihan warna untuk transition lens.
3. Pilih bingkai mengikut saiz muka
Ada banyak je tips di Internet untuk pilih bingkai berdasarkan bentuk muka dan kiraan atau ukuran. Tapi bagi aku, cara yang paling senang ialah pakai sebanyak mungkin cermin mata yang berkenan di hati, hehe. Pastikan spek tak ketat atau longgar. Aku pernah terbeli spek yang terlampau besar. Bila aku tunduk, jatuh weyh spek tu -_- Kalau ada rabun yang agak teruk, boleh minta izin untuk selfie. Sambil tu, boleh hantar dekat keluarga dan kawan untuk tanya pendapat, lol.
- Lebar cermin mata perlu ikut lebar muka kita. (Ukur dari tulang pipi)
- Spek tak melebihi paras kening.
- Tak kena pipi bila senyum.
- Terletak selesa dan tak jatuh atau rasa berat pada hidung.
4. Tips untuk POWER TINGGI
Boleh rujuk jadual ni untuk semak tahap rabun.
Btw, bagi yang tak tahu, 3.00D tu bahasa pasarnya 300 :D
Untuk power tinggi, semestinya lens akan lebih tebal. Kalau nak lens yang lebih nipis, boleh pilih refractive index yang tinggi. Lebih tinggi refractive index, lebih nipis dan ringan lens kita. Harga pon makin mahal la tapi, hahaha. Selalunya diorang akan pilih berdasarkan tahap power kita, kalau power rendah tak perlu lah nak mahal2.
b) Pilihan Bingkai
Tips ni tak wajib untuk korang ikut, cuma boleh dipertimbangkan untuk lens yang lebih ringan dan nipis. Maksudnya, mungkin boleh kurangkan harga lens, sebab tak perlu refractive index yang terlalu tinggi.
- Pilih bingkai yang tebal untuk sorokkan ketebalan dan tampung berat lens. Selalunya bingkai plastik lebih tebal berbanding besi. Elakkan cermin mata 'rimless'.
- Disarankan pilih bingkai yang lens nya kecil dan berbentuk bujur atau bulat. Tujuannya ialah untuk lens yang lebih nipis dan kurangkan distortion. So, kena say bye2 la dekat oversized glasses, hehehe.
- Elakkan bingkai yang ada banyak bucu tajam sebab mungkin agak sukar untuk potong lens yang tebal.
Setakat tu saja perkongsian kali ni, harap bermanfaat. Boleh la praktikkan bila nak beli cermin mata. Nak buat cermin mata bukannya murah kan, jadi kenalah beli cermin mata yang berkualiti supaya tak perlu asyik nak tukar. ^_^
Love,
Bedelia
Bedelia