Pengalaman Setahun Belajar di MSU Shah Alam

Image result for msu shah alam

#4 Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, masuk bulan Februari yang lalu, sudah setahun aku menjadi pelajar optometri di MSU Shah Alam. Ada detik manis, banyak juga detik pahit. Tapi aku percaya detik pahit tu ujian untuk Allah untuk buat aku lebih kuat dan berjaya.

Dulu masa belajar sini, banyak lah dengar. "MSU banyak yang sosial2, liar2....Hati-hati". Komen aku? Aku rasa banyak lagi golongan yang bukan macam tu di MSU tbh. Kau nak join usrah pon tiada masalah, banyak je. Apa yang penting, kau kena tahu jaga diri sendiri dan kawan dengan bulatan yang betul.

Jadi, mungkin korang tertanya-tanya MSU ni macam mana. Bagi aku, aku rasa belajar di MSU ni sangat best. Jujur aku cakap, antara semua universiti aku pernah masuk, aku paling suka study di MSU.

1. Orang keliling yang baik dan membantu.
Aku ni pemalu dan pendiam, tapi yang aku nampak, orang MSU ni rata-rata friendly, peramah dan baik. Tak kisahlah warga apa pon. Pelajar, pensyarah, staf, rakan sekelas, junior senior, ramai rata-ratanya baik. Kalau jumpa, InsyaAllah selalunya akan ditegur. Aku rasa included sejak dari waktu orientasi lagi walaupon sebelum tu aku macam nervous gila untuk sesuaikan diri kat sini. Of course ler ada manusia menjengkelkan dan obnoxious but benda tu ada kat mana-mana je. No place is 100% toxic and no place is 100% perfect.

2. Seimbang Fizikal dan Jasmani
Di MSU, korang takkan dibosankan dengan asyik belajar menghadap buku memanjang. MSU sangat mementingkan soft skill pelajar dia, jadi takde la hanya CGPA je yang cemerlang, tapi kualiti  untuk akan datang tu takda.

Sini, cara pembelajaran pun divariasikan. Ada lakonan, main game, buat aktiviti, tour, melukis dan macam-macam lagi. Asssignment pon banyak variasi dan yang penting aktiviti tu berkaitan dengan topik. Skill IT aku pon makin meningkat sebab memang banyak jenis assignment dia bagi macam buat komik, poster dan video. Lagi satu, MSU ni suka gila presentation hahaha. Jadi kau kena biasakan diri untuk bercakap depan orang ramai.



3. Banyak Aktiviti
Banyak aktiviti yang MSU offer dari buat community service, volunteer untuk acara lari etc, buat lawatan dan pertandingan. Kelab di MSU pon banyak je yang aktif, cuma kena survey2 juga lah sebelum join.

Semenjak join sini, aku fikir juga kadang-kadang, apa je aku tak pernah buat dan tak jadi kat sini?  xD Walaupon macam busy dan memenatkan, tapi bila dah siap tu selalunya rasa puas.

4. Satu MALAYSIA
Satu aku perasan, walaupon ramai pelajar Melayu di sini, pelajar sini rata-ratanya bergaul. Adalah yang bias dan lebih suka dengan kelompok sendiri tapi majoriti yang aku nampak, tiada masalah nak bercampur. Sebab aku pernah je masuk universiti swasta lain,kos sama. But I had hard time fitting in seriously. Dengan kadang-kadang tu aku kena menganga je bila discussion tu dibuat dengan bahasa yang aku tak faham, sebab sesetengah pelajar International sangat lemah berbahasa Inggeris.

                                   Image result for msu gmp glp gip
5. Peluang ke luar negara.
MSU ada anjurkan program-program seperti Global Mobility Program (GMP), Global Intership Program (GIP) dan Global Leadership Program (GLP). Dengan program ni, korang boleh pergi keluar negara sama ada melancong, buat praktikal atau belajar sekejap dekat situ.

Mengikut fahaman aku, negara, universiti atau syarikat yang bekerjasama dengan MSU dah ada. Tapi kalau korang nak pergi ke tempat lain, InsyaAllah boleh je diaturkan. Bagus juga kan, dapat rasa culture negara lain dan tengok cara kerja mereka macam mana.

IMBAS KEMBALI 2019 DI MSU


Program kelas Mandarin. Lengkap dengan belajar bercakap, tulis, 
kaligrafi dan banyak games yang best. 

Ni hasil ketika bosan.


Dua di atas ni pon aktiviti di bawah Mandarin Club juga. 
Lantern Festival.

Exhibiton untuk subjek PEC ketika PEC karnival.


Pertandingan yang dianjurkan iaitu Opto-preneur.
Masing-masing perlu buat mock business plan dan model. 
Aku belajar banyak sangat benda melalui pertandingan ni.

Haha comel kan? Program melawat rumah anak 
yatim untuk subjek Community Service.

Program melawat Pusat Darah Negara.


MSU juga selalu dijadikan tempat penggambaran.
Masa ni dapat tazkirah tentang harta.

Program dibawah MSU Environmental Club. Masa ni waktu jerebu,
jadi kita nak buat awareness la. Kitorang jual staw besi sambil buat pameran.
Bunga dan kotak tu aku yang buat, hee.

 
Ni pula poster yang aku reka untuk booth
 di atas berkenaan SDG aka Sustainable Developmental Goal.

P/s Ini bukan sponsored post kkkk. Sebab kalau boleh aku nak jugak hentam MSU ni bila-bila masa aku nak. K bye.

Love, Bedelia.


You Might Also Like

18 Comments

  1. belajar di IPT antara pekara yang sangat indah kan...ada suka dan duka tapi by end of the day...you will always look back as you grow older..

    salam kenal dari www.iamfuzy.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah...first time rasa seronok study hahaha. walaupon yes, betul la tu. Ada suka dan duka

      Delete
  2. WAHHH saya pun student MSU jugak XD tpi saya belajar dekat cawangan lain hehe. memang MSU ni sangat mementingkan soft skill student. best belajar kat MSU sebab macam-macam pengalaman sebagai student dpt kita buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh wowwww!! cawangan manakah itu, hehehe. Kan, saya pon rasa mcm tu. Saya ni pemalu orangnya, tapi sejak masuk sini, lebih mudah nak tegur orang sbb dah jadi rutin orang kat sini

      Delete
  3. Trueee bila dekat U ni banyak aktiviti best boleh join tapi tu la my problem ni kadang-kadang masa virus M(alas) melanda tu jangan harap la nak keluar bilik hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama je la...i pon 2x5 jugak hahaha. Lagi2 kalau hari yang tak pack tu, bukan setakat tak keluar bilik, bangun dari katil pon liat, hehe

      Delete
  4. that is great. seronok je baca pasal pengalaman org.
    I miss being surrounded with different culture and race.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... saya pon rasa seronok bila imbas balik sebab teringat memori je. sbb projek2 baru terasa penat je hehehe.

      yup. seronok bila dapat bergaul dgn adat n bangsa lain. Cuma di sini takde la banyak sangat pelajar international setahu saya. kalau ada pon dekat dengan Malaysia, kadang tak cam pon diorang bukan orang kita

      Delete
    2. I see. Despite that, all those times were precious and I'm glad you had a good time there.

      Delete
  5. Sy nk tnye IPT tu ape ye... Sy bacth 04... Tk lma lgi nk ambik spm... Sy minat nk ambik kulinari dkt MSU Shah Alam... Tpi MSU ni kn swasta... Sy keluarga yg tk berkemampuan sngt... Blh ke sy mohon... And sy jgk rsa tknk ambil ptptn... Ade tk ape² cdngn dri akak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm.. haah MSU punya fee memang mahal sikit berbanding uni lain. tak termasuk kos assignement dan sara hidup yg lain.

      Kalau awak nak jugak masuk MSU, saya punya cadangan ialah utk ambil bantuan zakat kalau layak. atau cuba contact pihak MSU utk tanya scholarship

      Delete
    2. btw, IPT tu Institusi Pengajian Tinggi.

      IPTA-Institusi Pengajian Tinggi AWAM
      IPTS-Institusi Pengajian Tinggi SWASTA

      MSU ialah IPTS

      Delete
  6. Msu offer scholarship tak kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setahu saya ada, utk pelajar yg cemerlang. which is not including me :)

      Delete
  7. Salam sis.. Actually saya ade soalan nk tanya pasal kos optometry dgn belaja kat msu..boleh tahu platform mana yg boleh saya contct? I really hope you can reply my msg 🥺🥺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Astagfirullah, maafkan saya sbb lambat sangat reply. Kalau nak senang, awk guna je nombor MSU yang ada di website

      03-5521 6868. Dia akan tanya apa yg awak perlukan, so awak cakap je. Nanti dia akan directkan pada org2 yg berkenaan

      Delete
  8. salam, nak tanya programme utk degree in computer science okay tak? and after habis degree kat msu ni mmg tak de chance utk sambung master dekat IPT awam ke?...Last, msu ade ke offer student lps degree utk ke master dlm scolarship diorang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. wassalam. housemate sy ambil course ni. ok je insyaAllah. awak boleh call pihak msu, kdg tu kalau tak ok, dia sndiri akan nasihat utk tukar course.

      2. boleh sambung ipt awam :)

      3. ni saya tak pasti. maaf. awak boleh clarify dgn org msu

      Delete

Terima kasih atas komen anda :) Untuk reply yg lebih pantas, boleh hantar atau notify saya di Curheart.logika@gmail.com.

***Boleh juga tinggalkan emel anda beserta komen, supaya saya dapat notify anda. Harap maaf atas kesulitan.


SUBSCRIBE to not miss my updates! :)

Enter your email address: