diy

Cara Cari Arah Kiblat Menggunakan Telefon Pintar.

Qibla Finder (Pencari Arah Kiblat) - Google

Assalamualaikum semua. Sepatutnya hari ni aku nak buat entri pasal hari pertama di MSU untuk semester baru. Sekali, semangat2 aku dah bersiap pakai gincu semua, pensyarah kata kelas takde :') Lagi satu, buat kali ke-345682 aku telah tertinggal kunci dalam bilik. Sepatutnya lepas pindah tu aku nak buat kunci pendua, tapi sebab PKP yang sebelum ni, kedai buat kunci pon tutup hmmm.

Ni kalau lupa jugak memang kena pergi hospital. 
Takut terputus mana-mana wayar.

Ok, berbalik pada topik utama. Sekarang ni kalau nak cari arah kiblat senang je sebab macam-macam teknologi yang ada. Ceritanya, sejak bulan Mac, dah dua kali aku pindah rumah baru. Maksudnya, dua kali aku kena pindah barang, dan semestinya dua kali kena cari arah kiblat jugak. Cari punya cari, aku terjumpa satu website yang aku sangat suka iaitu Google Qibla Finder. Best sangat sebab cepat, senang dan tak perlu muat turun.

Aplikasi ini sesuai untuk:
1. Orang yang baru pindah rumah.
2. Semak semula arah kiblat di rumah.
3. Solat di kawasan outdoor contohnya ketika berkelah dan mendaki.
4. Solat di kawasan indoor selain surau dan masjid. Contohnya, bangunan yang tiada surau atau surau sedang penuh.
5. Orang yang selalu melancong terutamanya ke negara bukan Islam.


Cara-Cara:
1. Aktifkan butang 'location' di telefon pintar.
2. Lawat laman Qibla Finder.
3. Pilih bahasa pilihan. Kemudian, tekan 'allow' untuk buka camera (optional).


 2. Semestinya aku dah tahu arah kiblat bilik aku, tapi takpe, kita main aw chak2 dulu dengan dia ye. Kita perlu ikut saja arah anak panah yang ditunjuk.

Ke kanaaaaan pusing!

3. Haaa, sudah nampak gambar Kaabah! Itulah arahnya. Untuk nak double confirm, boleh halakan bulatan putih ke gambar Kaabah.

 4. Yeay, tahniah anda sedang menghadap ke arah kiblat!




Senang tak? InsyaAllah sesiapa pon boleh buat. Lepas ni boleh la aplikasikan bila perlu. Untuk pengakhiran, aku nak letak sikit comel-comel ayat Al-Quran mengenai kiblat. Antara bahagian yang paling menarik bagi aku dalam surah Al-Baqarah. Sebenarnya nak letak banyak lagi tapi macam tak muat, hahaha. InsyaAllah, selepas ni, aku akan cuba untuk selitkan ayat Al-Quran dalam artikel aku jika bersesuaian. Jadinya, sambil-sambil kita blogwalking dan baca artikel, boleh kita baca terjemahan Al-Quran sekali. 


Al-Quran Penukaran Qiblat


Love,
Bedelia

You Might Also Like

21 Comments

  1. Bagus tidak payah muat turun. Terima kasih kongsi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? lagi pon rasanya utk kebanyakan org diorang takkan guna selalu pon, jadi lebih sng kalau x payah download. lagi2 untuk org yg phone slalu memori penuh.

      sama2 ^_^

      Delete
  2. syukran for sharing...senang, takyah download..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 ^_^ haah senang, lagipon kadang2 app ni banyak sangat iklan, pening pale dibuatnya lol

      Delete
  3. izzati pun kalau pergi holiday mana-mana memang nanti ada masalah dengan cari kiblat ni. adala donwload satu app ni tapi tak tahu cara nak pakai. at last tanya someone je hehe. tengok sis reccommend ni memang nampak senang sangat. nanti izzati nak gi study nanti boleh la pakai tutorial ni sebab duduk tempat baru. :3 thanks for the sharing yaa sis!! <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. woaaah awak holiday mana tu, hehe. Saya dulu pon masa first time study jauh,masa tu just guna aplikasi compass biasa utk cari kiblat. Punyalah terkial2.

      Haah, boleh guna masa study. Tapi ada jugak kdg2 rumah sewa yg dia dah letak siap2 tanda kiblat. insyaAllah smoga berjaya, hee.

      Delete
  4. oh wow this is cool. i used another apps. gotta try this one too.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup u can try it some day. I guess I didnt use app because I was searching it on Google rather than on the PlayStore ^^'

      Delete
    2. at times this apps can be really useful.

      Oh btw feel free utk join and meriahkan my giveaway here
      https://www.raydahalhabsyi.com/2020/08/preloved-giveway-by-raydah.html

      Delete
  5. Replies
    1. kan, dulu pernah guna app compass, sgt pening lol

      Delete
  6. haritu saya guna qibla finder alhamdulillah cepat

    ReplyDelete
  7. senang lagi guna ni. x perlu da susah2 nk download. Tp rika download apps jgk. sbb apps tu bukan tunjuk arah kiblat je. ada waktu solat, bulan puasa ada waktu imsak, berbuka dan jgk ada Al-quran. Apps tu nama dia Muslim Mate. Tapi bagi org sekali sekala nk cek kiblat elok la guna cara ni. Eh.. nk bgtau jgk ni.. Rika baru tukar layout blog. meh la singgah SINI

    ReplyDelete
    Replies
    1. woah, baru pertama kali dgr apps tu. Boleh tgk2 nanti. Sebab skarang tgh guna app lain2 utk Quran dan waktu solat.

      Delete
  8. Nurul pun pernah guna app ni. Senang tak payah download. Tapi lepas tu tak ingat apa website dia. Hahaha

    ReplyDelete
  9. menarik ni.. tak perlu bawa kompas hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pandai guna T_T dgn saya2 pusing sekli dengan kompas tu

      Delete

Terima kasih atas komen anda :) Untuk reply yg lebih pantas, boleh hantar atau notify saya di Curheart.logika@gmail.com.

***Boleh juga tinggalkan emel anda beserta komen, supaya saya dapat notify anda. Harap maaf atas kesulitan.


SUBSCRIBE to not miss my updates! :)

Enter your email address: