How & Why I Joined Usrah

Indah Dunia Ini Dengan Nikmat Bulatan Gembira
Assalamualaikum semua. Selama ni aku dengar orang lain join usrah, aku tak terfikir yang satu hari nanti aku akan join jugak, heee. Setelah hampir setahun belajar di MSU, aku join group usrah pertama aku sepanjang dua dekad aku bernafas kat bumi ni. Itu pon bukan aku yg datang dekat usrah, tapi usrah yang datang pada aku.

Ceritanya, classmate Pengajian Islam aku ajak join program usrah yang diorang baru nak lancarkan, Quran Buddies. Katanya sesi sharing pasal Al-Quran. Aku terima pelawaan tu sebab:

a) Aku manusia yang susah tolak ajakan. Aku ni kegemaran mana2 salesperson tau, lol.
b) Benda baik. So, why not?

1. Sharing pertama yang 


Quranic Circle, Quranic Moment, Surau MSU, ICC Msu Shah Alam

Terimbau kenangan manis bila tengok balik gambar ni :')

Malam pelancaran tu, aku datang ke surau MSU dan duduk dalam bulatan besar. Topik malam tu ialah Ar-Rahman dan Ar-Rahim, dua nama Allah yang kita sebut setiap hari. Haaaa, apa beza Ar-Rahman dan Ar-Rahim?

Curheart Logika Asmaulhusna, Maha Pemurah, Maha Penyayayang, Maha Mengasihani

Kenapa nikmat Ar-Rahman untuk semua orang? Sebabnya Allah sangat sayang dengan hamba dia.  Bayangkan kalau oksigen masuk dekat orang yang beramal soleh je, mungkin lagi banyak kucing di bumi ni berbanding manusia, lol. Walaupon kita banyak ingkar, selalu rosakkan alam sekitar, Allah tetap pinjamkan nikmat2 untuk kita. Kenapa pulak Ar-Rahim untuk orang beriman je? Sebabnya Allah nak berlaku adil pada hamba yang gigih tunaikan perintahNya.

Salah satu kupasan masa tu ialah kenapa Allah uji manusia. Ujian yang kadang kala kita rasa sangat berat dan menyakitkan hati sehingga iman tergugat. Sebab kadang kita akan tertanya kenapa Allah nak beri ujian macam-macam sedangkan Allah berkuasa je untuk tak beri ujian tu. Hmmm, tapi  kan sebenarnya ujian tu Allah bagi sebab Allah sayang! Bila kita diuji, kita selalu teringat, menangis,  mengadu, berdoa dan solat kepada Allah. Allah suka bila kita lebih rapat denganNya. Kalau tak diberi ujian, mungkin lebih ramai yang akan leka sampai tersimpang jauh. Allah beri ujian untuk kita jadi lebih kuat dan Redha.

danbo, figures, love, longing, miss, heart, separation, separated ...
Masa tu aku rasa sangat tenang sebab aku rasa sangat disayangi. Aku teringat zaman jahil masa remaja dulu. Aku tak boleh terima ujian aku,  ujian yang buat aku hilang kawan dan menangis hampir setiap hari. Perasaan tu lama-lama bertukar jadi marah. Aku persoal kenapa aku dapat ujian ni, apa salah aku? Makin lama, aku jadi makin jauh sangat dengan Allah walaupon masa tu aku berhijab, solat dan bergaul dengan orang baik. Tapi sebab pengetahuan dan santapan rohani tak cukup, kena kacau sikit dah meroyan.

Aku rasa bersalah sangat masa tu. Betapa teruknya aku jadi hanya sebab ujian kecik tu, langsung tak setanding dengan nikmat yang Allah dah bagi. Macam-macam Allah bagi sejak aku bernafas, yang aku tak mintak pon Allah bagi. Tapi aku tak reti bersyukur. Bila aku buat baik tapi orang gigih nak cari salah aku, tahu pulak aku marah. Patutnya aku lebih rapat dgn Allah tapi aku bersangka buruk.

Minions Excited GIF - Minions Excited FreakingOut - Discover ...

2. Sedap Sampai Nak Lagi
 Dari situ lah aku mula join banyak program bawah diorang. Aku join Mega Quranic Circle, program usrah bulanan yang disertai budak uni lain jugak. Best gila! Ada kupasan menarik, aktiviti, game, dan yang penting aktiviti dia berkaitan dengan topik, bukan sia2. Dari situ juga aku belajar makan bertalam, hehe.

Lepas tu aku disapa untuk join Quranic Cirlce, kumpulan usrah kecil untuk pelajar MSU. Sejujurnya mula2 aku fikir jugak nak ke aku join. Sebab setiap minggu kena datang, masa tu bisikan masih berleluasa, hehe. Tapi akhirnya aku setuju dan sampai sekarang aku masih dalam QC. Aku sangat bersyukur sebab walaupon iman aku terumbang ambing, pintu hati aku belum tertutup untuk terima dakwah orang. Kalau aku tolak, hmmm rugi sangat.


History of the compilation of Quran | Daily Sabah
3. Ilmu Yang Tak Pernah Terhenti
Makin aku baca dan belajar quran, makin aku sedar betapa jauhnya aku dengan Al-Quran, yela selama ni jadi perhiasan je kat rumah tu. Tahu tak kehebatan usrah?? Lagi belajar, lagi banyak aku rasa aku tak tahu. Sebab terlampau banyak benda yang kita perlu belajar untuk betul-betul amalkan kehidupan Islam. Kalau rasa cukup setakat tengok rancangan agama, belajar dari sekolah, serious aku kata TAK CUKUP! Bayangkan, satu perkataan Arab tu je diorang boleh terangkan berjam-jam. Buku teks, rancangan TV atau pensyarah takde masa nak kupas macam ni.

4. Nampak perubahan
Makin lama join, makin bertambah ilmu dan sikit-sikit boleh nampak perubahan dalam diri. Dulu jarang baca Quran, lepas tu mula baca semula. Lepas tu upgrade sikit, mula tadabur sendiri. Dulu hidup sekadar hidup, tapi bila masuk usrah, aku mula dapat kaitkan benda yang simple dengan Islam dan Allah.

DO YOU HAVE A SUPPORT SYSTEM? — Steemit
5. Untuk Kekal Istiqamah
Selalu orang kata, nak jadi orang baik, duduk dengan orang baik. Kumpulan usrah selalu saling mengingatkan. Bila lali dan tersimpang sikit, tup2 tengok topik usrah minggu tu berkaitan dengan masalah kitorang, hahaha. Alhamdulillah, ada yang sudi membetulkan. Kiranya usrah ni support system la.

Bukan senang nak senang. Kalau nak pahala, ilmu, syurga dan dekat dengan Allah, kenalah usaha :) InsyaAllah, Allah nampak usaha kita. Selagi hidup, selagi tu kita masih ada peluang.


Love,
Bedelia

You Might Also Like

7 Comments

  1. Dahulu ketika belajar di universiti ada juga sertai usrah.
    Alhamdulillah dapat yang baik-baik.
    Semoga istiqamah. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa selalu uni yg ramai orang Islam memang ada usrah. Cuma saya je tak de effort nak ambil tahu dulu.

      InsyaAllah, Amin. Tu lah kadang takut jugak kalau terlari landasan lagi. Lagi2 bila balik dari uni, rasa mcm lagi senang nak ikut hawa nafsu T_T

      Delete
  2. Bila berusrah terasa dpt byk ilmu..ukhwah lbh erat..semoga terus istiqamah..Alhamdulillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah betul tu. even yang kita dah belajar pon, lebih masuk dalam diri kita. InsyaAllah, Amin

      Delete
  3. Im so prouddd!! keep on istiqamah on this hijrah. always support you. how i wish i could join it in the future.. ❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awwww thank you for the encouraging words <333 InsyaAllah, I pray that we will all be guided to the right path, Amin.

      Delete
  4. satu inspirasi..terima kasih :)

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/08/cuya-join-pertandingan-sajak.html

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda :) Untuk reply yg lebih pantas, boleh hantar atau notify saya di Curheart.logika@gmail.com.

***Boleh juga tinggalkan emel anda beserta komen, supaya saya dapat notify anda. Harap maaf atas kesulitan.


SUBSCRIBE to not miss my updates! :)

Enter your email address: