#6 Kehidupan Sepanjang RMO

pinkheartsandsparkledreams.tumblr.com (com imagens) | Gatos ...
Assalamualaikum semua. Whoa, dah berapa minggu aku tak update, pemalas betol .-. Aku nak cerita dari mana pon aku keliru sebab banyak sangat benda dah jadi. Kali terakhir aku update pos, sepatutnya RMO sampai 31hb je, tapi yeaaappp masih dalam RMO! dan yeappp aku masih di Shah Alam!

Aku pilih untuk stay sebab aku rasa tu pilihan yang paling mudah dan selamat. Sebenarnya, salah satu pendorong untuk aku duduk di sini ialah sebab video di bawah. Aku rasa sebab virus ni makin menular ialah masing-masing lalai dan tak ambil serius. Tambah pula dengan nasihat WHO iaitu jangan pakai mask melainkan kalau sakit atau kawan/keluarga sekeliling sakit. Ehhh, masalahnya yang sakit tak pakai mask pon lol. Dan tak tertulis pon di dahi mereka yang mereka sakit. Selisih jalan sekali dia batuk selamba je dekat aku. Padahal kenal pon tak, hehehe.



1. Kami di MSU masih meneruskan online class melalui Zoom/ Google Classroom. Dan ya, aku tahu isu yang tular sekarang pasal Zoom tak secure, hmmm. Risau juga aku. Mula2 aku rasa kelas online ni best lah, sebab tak mandi pon tak pe hahaha. Tapi lama2, aku rasa kelas virtual ni agak mencabar juga, cabaran nak faham lecturer dan cabaran katil di sebelah.

2. Masa depan semester: Setakat ni takde pengumuman apa2, semua berterusan seperti biasa. Assignment, presentation, test masih berjalan. Cuma midsem ditangguhkan ke minggu depan. Tbh, aku agak sedih sebab aku rasa sesetengah assignment agak sukar untuk dibuat kat sini, sob sob :') Assignment dengan family, tapi family pon takde. Kadang housemate sendiri tak sporting nak tolong. Dah jadi kerja aku nak pergi tempat lain. *wahai lecturer, ramai lagi yang stay dan tak bersama dengan family* Aku tahu la ada pilihan dan solusi lain, cuma aku rasa macam makin menusuk di hati pulak bila dapat assignment macam ni. Alexa play Sudirman- Balik kampung.

*aku letak gambar lipas yang paling comel di internet sbb ramai org geli lipas*
 considerate tak

3. Aku sebenarnya baru pindah rumah. Dan aku baru pindah lagi sekali hari Sabtu lepas lol. Ceritanya, aku diberi pilihan dua rumah. Aku pilih yang B sebab bilik tu nampak ok, lebih murah dan ada sterika. Dan kataaanya rumah A tu ada problem.

Tapi haihhh, silap aku tak check rumah tu betul2. Rumah B tu ada masalah lipas! Kalau rumah lagi satu tu ada masalah, rumah ni mungkin bencana kot. Aku buka laci aku dekat dapur, segala keturunan lipas ada di situ. Lipas di lantai pon boleh biar je macam tu. I kennot brain. Yang sedihnya, aku rasa macam owner tu tahu, cuma tak beritahu aku. Aku rasa geli weyh duduk rumah tu, jadi aku decide pindah je rumah lagi satu sebab tak nak burn deposit. Banyak weyh deposit dia, dalam RM2k!

*sunyinya*
4. Memandangkan tak boleh keluar sesuka hati, aku ada la buat inisiatif masak. Mula2 memang aku menghadap makanan segera je sampai aku rasa dah tak boleh accept lagi nak makan makanan segera lol. Membayangkan diri aku makan maggi pon rasa macam menyampah. Akhirnya, aku gigihkan diri aku untuk pergi Aeon untuk mencari jodoh ehhh barang dapur. Aku tangguh sebab takut sebenarnya. Alhamdulillah, baru la rasa proper sikit makanan aku.



4. Semua orang kata masing2 naik berat badan sebab asyik makan je dekat rumah. I totally cannot relate to this. Badan aku dah susut banyak dah, kalau RMO extend lagi, tak tahu lah apa je yang tinggal. Tapi Alhamdulillah, universiti aku ada buat inisiatif bagi makanan percuma. Bagi aku boleh tahan juga makanan dia. Dapat nasi, ayam dan sayur, kira lengkap lah tu. Tu pon hmmm, ada yang demand nak ni nak tu. Nasi keras la, tak nak kubis la.

Kalau bosan tu aku fahamlah sebab bahan-bahan dia banyak ulang2, cuma cakap la lapik sikit, ni nampak macam tak bersyukur. Aku rasa banyak je servis delivery dan restoran yang masih dibuka, ATM pon masih berfungsi. Kalau rasa bosan atau mengada sangat, order je laaa aduh.

via GIPHY

5. Physical health: Saya. sudah. cengkung. macam. kangkung. :) Aku jugak sakit tekak dan batuk. Sebenarnya dah lama dah, cuma sebab aku tak jaga, dia asyik datang balik. Masa ni ialah masa yang paling terakhir aku nak ada batuk hahaha. Sebab kalau aku dah tak dapat cover, konfem semua lari dari aku.


6. Mental health: Sepanjang RMO ni, ada masa yang agak mencabar dan ada juga masa yang aku rasa waktu RMO ni agak therapeutic hehe. Sebenarnya susah la juga kehidupan bila kau duduk di hostel dan berjauhan dari kampung. Yela, semua benda kena jaga sendiri. Belajar, masak, cuci baju, beli groceries, jaga kesihatan, urus duit...Hmmm.  Bukannya tak berdikari, tapi bila benda jadi overwhelming, kadang aku break down juga.

Tapi Alhamdulillah, ramai yang masih sayang. Ramai yang beri peringatan untuk perbaiki diri dan berfikir positif. Bosan tu memanglah bosan. Kau cuba bayangkan, kehidupan kita tiba-tiba bertukar dengan drastik. Tiada kelas, tempat2 tutup, susah interaksi dengan manusia. Cuma banyak lagi rezeki Allah bagi. Lagi2 pada waktu ni, ramai lagi yang lebih susah dari aku. Kesian juga fikir dengan frontliners. Terutamanya kena berhadapan dengan orang yang degil dan selfish.

Aku harap kita semua dilimpahkan rezeki sepanjang RMO ni, InsyaAllah. Tolong doa kuat2 agar RMO tak extend lagi dah. Kalau nampak sesape keluar  sesuka hati, sila baling kan kasut tembaga atas nama saya.


 Love, Bedelia

You Might Also Like

11 Comments

  1. kalau kasut tembaga nk simpan utk jual nanti bila RMO settle..hehe. Part lipas tu mmg scroll laju2...haishhh umi geli la. As for me sempat anak2 semua berkumpul...meriah sakan memasak tapi umi diaorg pulak stress sesekali sebab tak de 'me time'. Semoga kita tabah, stay strong girl and be safe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha bukan comel ke lipas2 tu? hehehe. Wahhh bestnya dapat berkumpul ramai2 at last...

      InsyaAllah tq. You too ^-^

      Delete
  2. stay positive bedelia, inshaAllah smua baik2 ja. moga dipermudahkan urusan dan good luck utk midsem ya^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmm.... secara jujurnya perjalanan ke midsem petang tadi agak mengecewakan diri. tapi tbh pengalaman ni terlalu baru T_T semua benda online

      Delete
  3. kesiannya bila dengar ada budak2 U Yyg masih stay kat hostel. semoga baik2 semuanya!

    ReplyDelete
  4. Tried my best to stay calm and rest as much as i could, physically and mentally.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes, that's the best thing that we can do ^_^ I believe this pandemic is hard for everyone and not just for stranded students

      Delete
  5. Kesiannya awak bila baca ni...huhu
    So bila pkp 3 ni student yg dibenarkan pulang berperingkat. Awk org mana?

    Awak study MSU ya. Saya stay Klang. Kalau dekat boleh sy hulur² kuih. 😭

    Harap semuanya akan baik² ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. malu pulak bila baca entri awal bulan saya ni hahaha. Entri masa sedih.Saya orang JB, tengah zon merah sekarang ni. Saya menunggu juga la ni boleh balik ke tak

      Sweetnya awakkkk ^_^ Takpe, Alhamdulillah sekarang keadaan makin ok. Kami dapat makanan dari MSU, kadang ada dapat jugak kuih muih.

      Delete
  6. Baca pos lama. Harap sekarang curheart dah ada di kampung bersama keluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilllah dah ada di kampung. woooohooooo hehehe

      Delete

Terima kasih atas komen anda :) Untuk reply yg lebih pantas, boleh hantar atau notify saya di Curheart.logika@gmail.com.

***Boleh juga tinggalkan emel anda beserta komen, supaya saya dapat notify anda. Harap maaf atas kesulitan.


SUBSCRIBE to not miss my updates! :)

Enter your email address: