Persediaan Sebelum Ramadan. Bersediakah kita?
Katakanlah aku layak masuk pertandingan larian peringkat antarabangsa. Kau rasa aku gembira tak? Of course! Aku akan jaga badan aku betul-betul, pemakanan dan mentaliti berbulan-bulan sebelum pertandingan! Masa pertandingan pon dah tentu aku jaga diri aku untuk pastikan apa yang aku nak tak terlepas. Takkan nak sia-siakan peluang keemasan! ;)
Haaaa, dapat tak mesejnya? Sebabnya ialah Ramadan perlukan PERSEDIAAN! Bulan Ramadan ni seperti tetamu istimewa yang datang setahun sekali je! Jadi kita kenalah sambut dengan baik. Bulan ni bulan yang sepatutnya kita berlari kejar pahala. Macam lumba lari juga, kalau kau lari tak buat regangan, mesti terseliuh kan? Bukan Aidilfitri je ye nak prepare sebulan beli baju raya bagai hehe.
Tapi nak dapatkan keberkatan dan pahala Ramadan perlukan usaha. 30 hari je Ramadan ni, bukan lama sangat. Jadi kalau kita sambut Ramadan tanpa tahu makna sebenar, dengan hati yang kotor, tabiat buruk....Kemungkinan peluang yang kita boleh dapat pada bulan Ramadan, terlepas macam tu je. Rugi kan bila bulan bonus di sia-siakan macam tu je?
TANAM PERSPEKTIF BARU PADA RAMADAN KALI NI.
Kalau selama ni kita rasa Ramadan tu hanya menahan nafsu, makan dan minum. Apa kata kali ni kita pandang Ramadan sebagai latihan ketaatan. Masa Ramadan ni kan ramai nak kejar buat amal baik, jadi ni la masa yang perfect kita praktis untuk perbaiki diri kita. Perbanyakkan baca Al-quran, solat sunat dan zikir.
1. Amalan baik yang kita tak buat, boleh start belajar dan amal.
2. Amalan baik sebelum ni, boleh diperbaiki lagi.
Make sure amalan kita konsisten, dari hari pertama sampai hari terakhir. Tetapkan dalam diri amalan yang kita buat tu bukan hanya sekadar kerana Ramadan tapi untuk nak jadi Muslim yang lebih baik dan dapatkan redha Allah. Jangan lah masa Ramadan je sungguh-sungguh, lepas tu semua ke laut.
Cuba tengok Ramadan kita sebelum ni, berjaya tak Ramadan tu mengubah kita? Kalau tak, kemungkinan tak sempurna la kesan Ramadan tu dalam diri kita. Menusuk sikit bila dengar ayat ni hahaha. Selalu dengar solat yang sempurna dapat mencegah kemungkaran. Tapi puasa? Bila dah berlalu, aku fikir Raya dan cuti je, aduh. Hmm, pos ni pon aku tulis untuk peringatan pada diri sendiri jugak.
1. Amalan baik yang kita tak buat, boleh start belajar dan amal.
2. Amalan baik sebelum ni, boleh diperbaiki lagi.
Make sure amalan kita konsisten, dari hari pertama sampai hari terakhir. Tetapkan dalam diri amalan yang kita buat tu bukan hanya sekadar kerana Ramadan tapi untuk nak jadi Muslim yang lebih baik dan dapatkan redha Allah. Jangan lah masa Ramadan je sungguh-sungguh, lepas tu semua ke laut.
Mesti masing2 rasa sedihkan tahun ni Ramadan tak boleh di sambut macam tahun-tahun yang sebelum ni. Masa ni lah aku refleksi dekat diri sendiri, benda yang selama ni aku boleh buat, tapi tak buat. Bila ditarik nikmat tu, baru nak bersedih bagai. Aku rasa orang yang paling sedih, barangkali orang yang selalu ke masjid dan imam-imam :(
Love,
Bedelia
8 Comments
Tq for the info and sharing..semoga Ramadhan kita tahun ni menjadi Ramadha terbaik dari tahun2 lepas
ReplyDeletethanks for the reminder, since ramadan tahun ni kita berkurung di rumah, semoga tak membazir makanan dan lebih mempebanyakkan ibadat di rumah :D
ReplyDeleteInsyaAllah Mazni. Bazar pon kebanyakannya dah tutup, jadi tak dapat nak shopping sakan. Yang ibadat tu pon terssangaaattt betul! hehe. Kalau nak tingkatkan iman dan taqwa, kena rajin cara alternatif lain. masjid tutup, banyak lagi cara untuk beribadat.
DeleteSalam ramadan ya awak! :)
ReplyDeletesemoga tahun ni kita rebut peluang utk buat ibadah2 yg selama ni kita tak menyempat nak buat..
Ramadan Mubarak pada awak jugak :) InsyaAllah, saya rasa Ramadan tahun ni buat ramai orang merenung sejenak sebab pintu masjid yang selama ni mungkin tak dihiraukan kebanyakannya ditutup Ramadan tahun ni.
Deletesedar tak sedar dah masuk hari ke lima
ReplyDeletekaaaannn?? Saya pon terkejut bila tengok planner saya hahaha. Like lerrrr, seminggu dah ke.
Deletekan. kite jadi x sedar waktu berlalu, nak nak lagi time PKP ni. nnt sedar2 dah nak raya. wow
DeleteTerima kasih atas komen anda :) Untuk reply yg lebih pantas, boleh hantar atau notify saya di Curheart.logika@gmail.com.
***Boleh juga tinggalkan emel anda beserta komen, supaya saya dapat notify anda. Harap maaf atas kesulitan.