Jangan Jadi Hamba Exam!


Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, aku dah selesai dua per tiga dari final exam aku, hari Jumaat dan Khamis, hehe. Tinggal subjek Pharmacology dan praktikal. Hmm, macam manalah praktikal waktu online eh? Aku tak boleh brain, tapi minta doakan supaya dipermudahkan, InsyaAllah. Maaf ya kalau jarang blogwalking dan balas komen beberapa hari ni, aku perlu fokus pada exam dulu.

Peperiksaan kami dibuat di portal MSU. Alhamdulillah, setakat ni aku puas hati dengan apa yang aku jawab, sebab aku dah buat yang terbaik, hehe. Cuma sebab aku budak Optometri, pasti la ada subjek kira-kira. Jadi kena tulis kat kertas dulu, ambil gambar, tukar format PDF dan upload. Bahagian tu macam leceh la jugak bagi aku.

Ada juga satu insiden yang mencuakkan aku sebab pensyarah kata dia tak dapat jawapan dari aku dan B. Dia mintak hantar jawapan backup di Google Classroom. Aku rasa macam nak terkucil pon ada, sebab aku rasa kenapa masalah tu jadi dekat aku?? Lagi satu sebab aku tak backup pon jawapan aku, HAHAHA, jadi memang lah aku cuak weyh.

Opocot.

Nasib baik, lepas tu pensyarah tu dapat jugak. Ceritanya, portal MSU ni selama ni takde pon sistem buat kuiz, ujian, peperiksaan, jadi sistem tu masih ada masalah sikit. Dia log keluarkan pelajar bila kami tekan butang hantar. Sepatutnya aku login balik, tapi disebabkan ujian sebelum ni sama juga, aku ingat memang sepatutnya sistem tu macam tu -_- Nasib baik ada auto-save.


Berbalik pada tajuk kita, mungkin korang tertanya-tanya hamba exam tu apa ehhh? Aku rasa ramai je makhluk yang berhambakan exam ni, termasuk aku pada waktu dulu. Salah satu kerisauan pihak universiti bila buat peperiksaan online ni mestilah pelajar meniru kan? Alhamdulillah, setakat ni aku berjaya menolak godaan untuk meniru walaupon senang sangat nak meniru waktu periksa online ni, hehehe. Aku memang tak suka konsep meniru. Masa sekolah rendah pon, orang nak tiru jawapan aku pon aku tak bagi.

Cuma pernah satu ketika dulu, aku tak tahu apa yang merasuki aku. Waktu aku tingkatan 3 masa nak ambil PMR, aku jadi manusia yang SANGAT ketagih meniru setiap kali ujian atau periksa. Dan bukan aku je lah yang meniru, ramai pelajar sekelas aku yang meniru jugak, cuma tak kena tangkap je. Masa aku jadi pelajar senior, seorang junior siap suruh aku bantu untuk exam dia. Katanya dia akan pergi tandas dan bawak kertas tu. Tak kuasa aku nak layan. Aku punya silabus pon belum tentu aku ingat, apatah lagi benda yang aku belajar masa tahun-tahun lepas lol.


Masalah dengan meniru ni kan, sekali kau buat, berkali-kali kau nak buat! Lagi-lagi bila dapat keputusan yang kau nak! Macam-macam kau sanggup buat hanya sebab exam. Baling kertas, bisik, buat signal tangan, sorok buku di tandas dan macam-macam. Lagi-lagi bila kawan kau yang lain pon tiru, kau pon rasa kau perlu tiru jugak. Padahal semua tahu je tiru tu salah.

Tahu tak kenapa orang jadi hamba exam? Sebab kita rasa macam exam tu segala-galanya, sampaikan kita sanggup buat benda yang tak baik untuk nak dapat markah gempak. Manusia punya penglihatan ni sangat objektif, bagi kita keputusan A dan markah tinggi tu lah kejayaan kita. Tapi ok ke kalau kau dapat A tapi takde keberkatan dekat situ? Bila tiru, banyak tau kesalahan yang kita buat.

1. Kita bohong keluarga dan cikgu kita dengan keputusan kita.
2. Kita tak adil pada kawan yang tak meniru. Adil ke kalau dia berhempas pulas belajar, lepas tu markah kau lagi tinggi sebab kau tiru?
3. Paling penting sekali, kita buat benda yang Allah tak suka. Berbohong!

Tujuan peperiksaan tu sendiri ialah untuk tengok sejauh mana pemahaman dan usaha kita dalam pembelajaran. Bila kau dapat keputusan yang bagus, sepatutnya benda tu menunjukkan kemampuan kau. Jadi bila kita tiru, macam tak de guna je lah konsep peperiksaan tu. Bukannya jawapan kau pon, tapi jawapan kawan sebelah kau. Sebab tu lah Majlis Anugerah Cemerlang dan Dean List dibuat, untuk meraikan kejayaan usaha para pelajar. Tak pernah lagilah aku tengok anugerah pelajar cemerlang meniru setakat ni, hehe.

Jadi kenapa aku akhirnya aku berhenti meniru? Sebenarnya aku berhenti agak lewat, mungkin dalam sebulan dua sebelum PMR. Masa tu aku buat renungan lah, benda yang aku buat ni sangat tak betul. Jadi aku hentikan terus. Dan berhenti meniru tu kena dua hala tau! Kita tak boleh meniru, dan kita tak boleh bagi orang lain tiru kita. Kalau tak, seolah kita masih menggalakan aktiviti meniru.

Biarlah orang nak terasa atau perli kita sebab markah kita lebih rendah. Sekurangnya keputusan aku tu keputusan asli, titik peluh aku sendiri. Kita ni kena jadi orang yang berprinsip, kalau nak markah tinggi, jangan guna jalan pintas. Kena kerja keras!

Kesian juga bila difikirkan. Manusia terlampau meninggikan sangat kuasa exam tu sehinggakan nak mengugut pon boleh guna exam! Masa dah nak SPM dan kawan nak menipu, ugut je dengan SPM, mesti kecut orang tu, hehehe. Aku ingat lagi dulu senior2 PMR aku selalu buli aku masa aku lalu kelas diorang, tapi masa nak PMR, diorang berhenti. Bila teringat balik, rasa macam sakit hati pulak. Perasaan aku ni macam sampah je rupanya berbanding exam diorang.

Ingat gais, jangan jadi hamba exam. Peperiksaan tu bukan segalanya. Walaupon pensyarah dan pengawas peperiksaan tak nampak, Allah nampak. Pelik kot beria-ria berdoa, buat solat hajat, baca Yassin bagai untuk minta straight A's tapi lepas tu buat dosa menipu. Tepuk dada, tanya Iman. Kita bukan hamba exam, tapi kita ini hamba Allah.

Love,
Bedelia

You Might Also Like

13 Comments

  1. Hehe pernah meniru. Tahu subjek apa? Subjek agama Islam. Haha ironi betul.
    Tapi sedar bila dapat hadiah markah tertinggi. Terus rasa kesal. Buang hadiah dapat tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa hampir semua orang mesti ada pengalaman meniru. Takpe, asal kan kita sedar lepas tu.

      Alo sedih pulak saya dengar story awak ni. Boleh pulak kena dekat subjek Agama Islam...boleh pulak dapat markah tertinggi xD Aduiyai

      Delete
  2. Alhamdulillah. dah setel separuh.. Semoga dipermudahkan yg selebihnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Paper kali ni rasa macam tak banyak seperti yang sebelumnya, cuma proses pembelajaran tu je yang mencabar sikit, hehe. Amin, terima kasih mendoakan ^_^

      Delete
  3. Setuju...!! Paling penting bab keberkatan nak lagi nanti dah keje. Pentingnya jujur pada diri sendiri dan titikberatkan keberkatan dalam rezeki yang diterima. Good luck Bedelia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pon terfikir jugak bab kerja tu. Kadang kalau tak sengaja buat salah pon rasa macam serba salah . Terima kasih Nina :)

      Delete
  4. Yes.. Tak perlu tipu diri sendiri. Good luck Bedelia! Moga berjaya dalam exam nanti. Aamiinnn

    ReplyDelete
  5. Semoga dipermudahkan urusan pelajaran dan hidup Bedelia.. 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. InsyaAllah, moga kehidupan lepas Covid-19 ni lebih mudah untuk kita semua hehe

      Delete
  6. hi info menarik ini :) done follow, follow me back.. thanks
    http://acuyuhan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. Dah bolehlah siapa yg jaga portal tu upgrade sistem. 🤣 Dahlah korang belajar on9 sampai akhir tahun kan.

    Teringat dulu masa form6 kan,masa paper apa entah. Ramailah pakat meniru,sekali markah paling tinggi saya je. Tak tiru sesiapa pun. 🤣😂😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tak kami akan mula belajar minggu depan, depends dengan IPT masing2 la kot.

      whoaaaaa Alhamdulillah. Nampak ada ciri2 keberkatan dan kepandaian di situ xD

      Delete

Terima kasih atas komen anda :) Untuk reply yg lebih pantas, boleh hantar atau notify saya di Curheart.logika@gmail.com.

***Boleh juga tinggalkan emel anda beserta komen, supaya saya dapat notify anda. Harap maaf atas kesulitan.


SUBSCRIBE to not miss my updates! :)

Enter your email address: