Spreading Positivity with MSU Optometry Student's Club
Assalamualaikum semua. Wow, dua entri berturut-turut, satu benda yang jarang berlaku. Jangan risau, aku bukan kena rasuk, cuma ada tanggungjawab yang perlu ditunaikan. Aku telah menjadi AJK untuk dua program amal di bawah kelab MSU iaitu Optometry Student's Club (OSC). Walaupon mencabar, tapi bila difikirkan semula, it's an HONOR to be able to participate in these charity events, especially during the Ramadan. Semoga semua amalan dan usaha kita diberkati dan diterima.
Oleh sebab itu, kelab kecil kami, OSC mengambil kesempatan untuk bantu pelajar MSU dengan memberi bantuan makanan dan sumbangan pada bulan Ramadan dan Aidilfitri melalui program Meals on Me (MoM). Hasil bantuan juga akan disalurkan kepada warga asnaf dan anak-anak yatim di bawah Yayasan MSU.
Bantuan Yang Dialu-alukan:
1. Sumbangan duit
2. Makanan kering: Mi segera, roti, snek. kek, mushroom soup,etc
3. Bahan masakan: Minyak masak, sardin, tuna,etc
4. Buah-buahan: Kurma, kismis, epal, pear,etc
5. Minuman: Air kotak, minuman 3-in1 segera, uncang teh, etc
6. Produk penjagaan kebersihan & kesihatan: Sabun, topeng muka, hand sanitizer, tuala wanita,etc
Kami tak hadkan jumlah sumbangan duit sebab kami nak orang bantu mengikut kemampuan masing-masing dan tak rasa terbeban. Untuk sumbangan barangan pula, kami boleh aturkan pengambilan di sekitar Shah Alam atau Selangor dan kami utamakan barangan dalam kuantiti yang banyak.
Ini contoh sumbangan yang aku dapat untuk berbuka dan sahur pada 1 Ramadan. Alhamdulillah. Ikut rezeki kami jugalah, lain hari, lain rezekinya. Satu hari tu, aku siap dapat tuala wanita tau! Haha terkejut sis. Walaupon kadang ada rasa sunyi dan sedih, tapi bila dapat banyak sumbangan, rasa gembira sangat sebab ramai yang masih peduli.
1) Sumbangan wang boleh disalurkan ke:
Nombor Akaun: 205610238384 (Affin Islamic Bank)
Pemilik Akaun: Nurul Huzaima
2) Sebarang pertanyaan, boleh berhubung dengan:
Link Whatsapp 1 (Amelia)
Link Whatsapp 2 (Tamilarasi)
Kalau berminat dan ada sebarang pertanyaan, jangan malu dan segan. Kami akan cuba jawab sebaik mungkin dan tanya kepada orang atasan kalau korang ada kemusykilan, InsyaAllah.
Sumbangan & Program Anjuran MSU
P/s Jangan rasa susah untuk menderma sebab kita tak tahu rezeki yang Allah tuliskan untuk kita. Rezeki tu kadang-kadang Allah bukan balas dengan duit, tapi dengan ketenangan, kegembiraan, makanan dan hidayah.
Any amount of donation is welcomed because
little by little, a little becomes a lot.
One doesn't need to be rich to help others,
all it takes is a GENEROUS HEART
and a COMMUNITY THAT CARES.
^_^
One doesn't need to be rich to help others,
all it takes is a GENEROUS HEART
and a COMMUNITY THAT CARES.
^_^
Love,
Bedelia
17 Comments
Baguslah MSU ada buat program kebajikan.
ReplyDeleteHaah bagus. Selain dapat bantu orang, exposure juga untuk kitorang students2 ni. Takde la memanjang dengan kuliah je
DeleteAlhamdulillah. bagusnya
ReplyDeleteAlhamdulillah ^_^ masa PKP ni, seronok tengok rakyat kita saling membantu especially bila tengok kisah fashion designer dan banduan jahitkan PPE
Deleteikr. setuju sgt. it's very heartwarming. i can't stop smiling.
DeleteAssalamualaikum. Semoga Allah memberkati tangan2 yang meringankan beban. Done follow.
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Insyaallah, terima kasih atas doa tersebut dan terima kasih.
DeleteASsalamualaikum. SEmoga Allah merahmati usia dan tangan2 yang menghulurkan bantuan. Done follow.
ReplyDeleteWaalaikumussalam. InsyaAllah dan terima kasih lagi Semut Senyum. Woah semut pon tersenyum ^_^
DeleteSyukur murah rezeki sis.. =)
ReplyDeleteInsyaAllah :)
DeleteSelamat hari raya awK!
ReplyDeleteKawan² awk ada lagi ke yang tinggal di hostel?
Dlm kita dilanda musibah masih ada yg peduli,nilai kemanusiaan masih wujud lg.syukur alhamdulillah.
Terima kasih Sis. Housemate saya hari tu ada je yang tinggal lagi di hostel. Tapi kawan course saya semua dah balik lama dah haha xD
DeleteKan? Alhamdulillah.
Bagus, pendedahan yg baik utk anak² muda
ReplyDeleteAlhamdulillah... Tu lah, lagi2 pulak saya jenis pelajar tak berapa aktif, hehe. Masuk MSU ni je mula aktif sikit
DeleteSemoga segala usaha murni mndapat ganjaran yg sebaiknya drpd Allah swt..
ReplyDeleteAmin. InsyaAllah, tq mengingatkan saya untuk buat benda kerana Allah.
DeleteTerima kasih atas komen anda :) Untuk reply yg lebih pantas, boleh hantar atau notify saya di Curheart.logika@gmail.com.
***Boleh juga tinggalkan emel anda beserta komen, supaya saya dapat notify anda. Harap maaf atas kesulitan.