Assalamualaikum semua. Sepatutnya hari ni aku nak buat entri pasal hari pertama di MSU untuk semester baru. Sekali, semangat2 aku dah bersiap pakai gincu semua, pensyarah kata kelas takde :') Lagi satu, buat kali ke-345682 aku telah tertinggal kunci dalam bilik. Sepatutnya lepas pindah tu aku nak buat kunci pendua, tapi sebab PKP yang sebelum ni, kedai buat kunci pon tutup hmmm.
Ni kalau lupa jugak memang kena pergi hospital.
Takut terputus mana-mana wayar.
Ok, berbalik pada topik utama. Sekarang ni kalau nak cari arah kiblat senang je sebab macam-macam teknologi yang ada. Ceritanya, sejak bulan Mac, dah dua kali aku pindah rumah baru. Maksudnya, dua kali aku kena pindah barang, dan semestinya dua kali kena cari arah kiblat jugak. Cari punya cari, aku terjumpa satu website yang aku sangat suka iaitu Google Qibla Finder. Best sangat sebab cepat, senang dan tak perlu muat turun.
1. Orang yang baru pindah rumah.
2. Semak semula arah kiblat di rumah.
3. Solat di kawasan outdoor contohnya ketika berkelah dan mendaki.
4. Solat di kawasan indoor selain surau dan masjid. Contohnya, bangunan yang tiada surau atau surau sedang penuh.
5. Orang yang selalu melancong terutamanya ke negara bukan Islam.
Cara-Cara:
1. Aktifkan butang 'location' di telefon pintar.
2. Lawat laman Qibla Finder.
3. Pilih bahasa pilihan. Kemudian, tekan 'allow' untuk buka camera (optional).
Ke kanaaaaan pusing!
3. Haaa, sudah nampak gambar Kaabah! Itulah arahnya. Untuk nak double confirm, boleh halakan bulatan putih ke gambar Kaabah.
4. Yeay, tahniah anda sedang menghadap ke arah kiblat!
Senang tak? InsyaAllah sesiapa pon boleh buat. Lepas ni boleh la aplikasikan bila perlu. Untuk pengakhiran, aku nak letak sikit comel-comel ayat Al-Quran mengenai kiblat. Antara bahagian yang paling menarik bagi aku dalam surah Al-Baqarah. Sebenarnya nak letak banyak lagi tapi macam tak muat, hahaha. InsyaAllah, selepas ni, aku akan cuba untuk selitkan ayat Al-Quran dalam artikel aku jika bersesuaian. Jadinya, sambil-sambil kita blogwalking dan baca artikel, boleh kita baca terjemahan Al-Quran sekali.
Bedelia