Assalamualaikum semua. Dulu masa kecik kan, aku suka ubah dan hias bilik aku. Lepas tu sedih bila mak kemas balik apa yang aku buat tu, hahaha. Sebab aku perasan hasil aku tu cantik sangat. Sampai sekarang aku suka buat kraf dan menghias. Aku rasa kraf ni macam cara untuk meluahkan personaliti dan kreativiti masing-masing.
Lagi satu, buat kraf ni boleh menjimatkan duit. Lagi-lagi bila kita guna barang yang kita dah ada atau barang yang kita dah tak nak. Aku rasa semua orang pasti ada kain atau barang lain yang dah tak nak guna kan? Kan elok kalau kita tukar benda yang kita dah tak nak tu jadi benda lain yang kita perlukan. Satu, boleh kurangkan pembuangan sampah! Dua, jimatkan duit. Benda yang nak dibuang tu dulu pakai duit, benda yang baru yang nak dibeli tu pon, pakai duit. Kalau buat 3R, kan aman tenteram beg dompet tu.
Sebenarnya, bakul ni aku buat untuk pertandingan dari Universiti aku. Walaupon sibuk, aku join jugak sebab nak lengkapkan markah koko. Bila scroll IG tu, nampaklah diorang ajar orang Asli cara buat kraf untuk jana pendapatan. Bagus jugak. Jenuh jugak la nak masuk pertandingan ni, sebab nak buat setup phone+ buat kraf+ edit video jadi satu minit. Tapi Alhamdulillah, berjaya. When there's a will, there's a way!
TUTORIAL BAKUL COMEL:
Tu dia entri aku. Kalau sudi, boleh LIKE ^_^ . Lama jugak aku cari inspirasi dari Internet. Masalahnya aku tak banyak barang kraf, kain terpakai dah bawak kampung dan aku benci jahit! Aku decide buat kraf guna fabric twine sebab comel dan senang. Aku agak puas hati dengan hasil dia, walaupon senget benget macam kepala aku. Btw, diorang ada minta quote recycle untuk caption. Aku masa tu tengah mamai dan malas nak layan, jadi aku pon bantai je la. Jadilah walaupon cliche, wakaka.
Sebenarnya, plan A nak buat lebih kurang macam atas ni, tapi hancus sebab twine DIY aku besar sangat. Tapi aku tetap nak gunakan twine tu sebab susah kot aku nak buat benda tu! Plan B ialah buat alas mug, tak buat sebab macam simple sangat kot? Plan C baru lah Bakul Comel ni. Aku redah je buat DIY ni sebab tak pernah buat lagi.
Banyak cabaran si bakul kecik ni bagi kat aku. Bila twine tu dah siap, banyak sangat benang yang terkeluar. Bilik aku pon jadi semak dengan benang. Aku pon bijak sangat beli lighter je sebab nak bakar tepi kain tu, patutnya beli lilin sekali. Aku ingat nak bakar dekat rooftop, rupanya dah berkunci. Nak buat kat tepi jalan takut kena tangkap atau orang ingat aku dah mental. Jadi aku buat senyap2 dekat tepi tangga hehehe. Nasib takde abang guard ronda-ronda. Hasil kraf ni, jari aku ada blister dan melecur sikit lol. Jari aku pon penuh dengan gam gajah, hahaha.
TIPS & INFO TAMBAHAN:
1. Jangan guna kain stretchy. Nanti susah nak pintal twine.
2. Tepi kain boleh dibakar sikit dengan api supaya benang tak terkeluar. Tapi ni untuk kain yang ada plastik ye, sebab tepi tu akan cair. Hati-hati ye! Lepas dah siap pon boleh bakar lagi kalau ada benang degil. Aku tak buat sebab dah malas dan tak sanggup nak melecur lagi :P1. Jangan guna kain stretchy. Nanti susah nak pintal twine.
3. Boleh buat guna apa-apa bentuk dan saiz. Aku buat mini dan bulat (?) tapi terpulang pada kreativiti. Boleh juga guna bekas lain sebagai acuan supaya bentuk nampak kemas.
4. Boleh gam guna gam gajah macam yang aku buat. Boleh juga guna hot glue. Kalau nak selamat, aku suggest pakai sarung tangan.
5. Bakul ni boleh tahan kuat tau! Sebab gam gajah tu buat kain tu jadi keras. Aku pon terkejut. Walaupon kecik, muat jugaklah nak letak beberapa lipstick.
Selamat mencuba!
Love, Bedelia.