#4 Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, masuk bulan Februari yang lalu, sudah setahun aku menjadi pelajar optometri di MSU Shah Alam. Ada detik manis, banyak juga detik pahit. Tapi aku percaya detik pahit tu ujian untuk Allah untuk buat aku lebih kuat dan berjaya.
Dulu masa belajar sini, banyak lah dengar. "MSU banyak yang sosial2, liar2....Hati-hati". Komen aku? Aku rasa banyak lagi golongan yang bukan macam tu di MSU tbh. Kau nak join usrah pon tiada masalah, banyak je. Apa yang penting, kau kena tahu jaga diri sendiri dan kawan dengan bulatan yang betul.
Jadi, mungkin korang tertanya-tanya MSU ni macam mana. Bagi aku, aku rasa belajar di MSU ni sangat best. Jujur aku cakap, antara semua universiti aku pernah masuk, aku paling suka study di MSU.
Aku ni pemalu dan pendiam, tapi yang aku nampak, orang MSU ni rata-rata friendly, peramah dan baik. Tak kisahlah warga apa pon. Pelajar, pensyarah, staf, rakan sekelas, junior senior, ramai rata-ratanya baik. Kalau jumpa, InsyaAllah selalunya akan ditegur. Aku rasa included sejak dari waktu orientasi lagi walaupon sebelum tu aku macam nervous gila untuk sesuaikan diri kat sini. Of course ler ada manusia menjengkelkan dan obnoxious but benda tu ada kat mana-mana je. No place is 100% toxic and no place is 100% perfect.
2. Seimbang Fizikal dan Jasmani
Di MSU, korang takkan dibosankan dengan asyik belajar menghadap buku memanjang. MSU sangat mementingkan soft skill pelajar dia, jadi takde la hanya CGPA je yang cemerlang, tapi kualiti untuk akan datang tu takda.
Sini, cara pembelajaran pun divariasikan. Ada lakonan, main game, buat aktiviti, tour, melukis dan macam-macam lagi. Asssignment pon banyak variasi dan yang penting aktiviti tu berkaitan dengan topik. Skill IT aku pon makin meningkat sebab memang banyak jenis assignment dia bagi macam buat komik, poster dan video. Lagi satu, MSU ni suka gila presentation hahaha. Jadi kau kena biasakan diri untuk bercakap depan orang ramai.
3. Banyak Aktiviti
Banyak aktiviti yang MSU offer dari buat community service, volunteer untuk acara lari etc, buat lawatan dan pertandingan. Kelab di MSU pon banyak je yang aktif, cuma kena survey2 juga lah sebelum join.
Semenjak join sini, aku fikir juga kadang-kadang, apa je aku tak pernah buat dan tak jadi kat sini? xD Walaupon macam busy dan memenatkan, tapi bila dah siap tu selalunya rasa puas.
4. Satu MALAYSIA
Satu aku perasan, walaupon ramai pelajar Melayu di sini, pelajar sini rata-ratanya bergaul. Adalah yang bias dan lebih suka dengan kelompok sendiri tapi majoriti yang aku nampak, tiada masalah nak bercampur. Sebab aku pernah je masuk universiti swasta lain,kos sama. But I had hard time fitting in seriously. Dengan kadang-kadang tu aku kena menganga je bila discussion tu dibuat dengan bahasa yang aku tak faham, sebab sesetengah pelajar International sangat lemah berbahasa Inggeris.
5. Peluang ke luar negara.
MSU ada anjurkan program-program seperti Global Mobility Program (GMP), Global Intership Program (GIP) dan Global Leadership Program (GLP). Dengan program ni, korang boleh pergi keluar negara sama ada melancong, buat praktikal atau belajar sekejap dekat situ.
Mengikut fahaman aku, negara, universiti atau syarikat yang bekerjasama dengan MSU dah ada. Tapi kalau korang nak pergi ke tempat lain, InsyaAllah boleh je diaturkan. Bagus juga kan, dapat rasa culture negara lain dan tengok cara kerja mereka macam mana.
IMBAS KEMBALI 2019 DI MSU
Program kelas Mandarin. Lengkap dengan belajar bercakap, tulis,
kaligrafi dan banyak games yang best.
Ni hasil ketika bosan.
Dua di atas ni pon aktiviti di bawah Mandarin Club juga.
Lantern Festival.
Exhibiton untuk subjek PEC ketika PEC karnival.
Pertandingan yang dianjurkan iaitu Opto-preneur.
Masing-masing perlu buat mock business plan dan model.
Aku belajar banyak sangat benda melalui pertandingan ni.
Haha comel kan? Program melawat rumah anak
yatim untuk subjek Community Service.
Program melawat Pusat Darah Negara.
MSU juga selalu dijadikan tempat penggambaran.
Masa ni dapat tazkirah tentang harta.
Program dibawah MSU Environmental Club. Masa ni waktu jerebu,
jadi kita nak buat awareness la. Kitorang jual staw besi sambil buat pameran.
Bunga dan kotak tu aku yang buat, hee.
Ni pula poster yang aku reka untuk booth
di atas berkenaan SDG aka Sustainable Developmental Goal.
P/s Ini bukan sponsored post kkkk. Sebab kalau boleh aku nak jugak hentam MSU ni bila-bila masa aku nak. K bye.
Love, Bedelia.
Love, Bedelia.