M A L A S



Assalamualaikum semua. Hmmm, sebenarnya sepatutnya aku update pasal hal lain, tapi sesuatu terjadi yang agak menganggu emosi aku. Jarang sebenarnya aku nak letak benda personal di sini, cuma...aku penat. Maaf lah kalau aku nampak agak emo di entri ni. Aku penat bila ada perbezaan pendapat, penat nak bagi pendapat, nak tegur, nak betulkan orang. Satu benda yg aku belajar ialah ilmu perlu dikongsi, manusia perlu dibimbing dan perlu dibetulkan. "Amar maaruf nahi mungkar". Benda yang perlu untuk kita semua buat, tapi Ya Allah, susahnya.

Kenapa susah???  Sebab ramai manusia TAK SUKA DITEGUR. Kau tegur secara terus ke, berlapik ke, halus ke, baik ke......Tapi kalau benda tu dia tak suka dan setuju, maka kau akan dicap annoying, suka jaga tepi kain orang, kurang ajar and so on.  Kau akan jadi target bahan umpatan, walaupon engkau tegakkan kebenaran. Sebab tu kadang2 bila orang ada housemate bermasalah pon, dia susah nak tegur, sebab nak elak drama. Lagi satu, takkan setiap kali nak tegur kena guna ayat berbunga-bunga, kena letak emoji love2 bagai untuk elak orang terasa? Kadang2 teguran simple saja, sentapnya saja yang melebih. Kalau kita cakap benda yang salah, adakah ayat2 dan emoji tu akan buat mesej kita tu terus jadi acceptable?

Kita tegur sikit pon, dikatakan banyak sangat membebel.Tapi kalau bergelak2, mengarut boleh pulak sampai berjam-jam. Here's the thing, TRUTH HURTS. Kadang memang susah nak terima yang kita salah atau orang lain berbeza pendapat. But guess what? Dunia ni bukannya berputar pada kemahuan kita je. Kita ni kadang memang cenderung untuk rasa kita je yang betul. Jadi, bila ada orang lain dari kita, kita akan jadi defensive, marah dan tak boleh terima. "Orang tu macam gini, macam gitu" Bagi aku, kematangan bukannya bila kita langsung tak sakit hati bila ditegur, tapi bila kita dapat diamkan dan tenangkan diri, kemudian renungkan tentang apa yang orang tu kata. Betul ke orang atau situasi itu 'begini dan begitu'. Atau kita yang terlebih emosi dan overthinking?

Aku cerita ringkas je la ye. Konflik berlaku sebabnya kawan aku yang ulang alik travel dari rumah ke universiti mahukan kelas online, tapi aku minta tolong untuk buat face to face (F2F) Aku dah perasan dah, sejak kebelakangan ni, 'classmates' aku ada yang asyik ponteng kelas dan mintak kelas online. Aku faham, mungkin isu diorang ialah diorang kena travel. Pada diorang, kami yang tinggal kat sini, senang la nak  kelas F2F, sebab jalan kaki je. Tak perlu tanggung duit kenderaan. So macam tak berapa layak untuk beri pendapat.

Tapi bagi aku pulak, itu kan tanggungjawab seorang student untuk hadir ke kelas dan universiti? Sepatutnya kita ni perlu nak benda yang terbaik, bukannya benda yg setakat menyelesakan kita je. Dulu sebelum PKP, 'privilege' online study  ni takde pon. Ada satu kelas dalam sehari ke, tiga kelas ke, kena datang jugak. Dan semua elok je datang. Masa mula2 online study ni bermula, masing2 meroyan2 kata bosan dan tak faham. Tapi sekarang, menjadi permintaan pulak. Kalau nak kata sebab masing2 dah adapt dan faham, bagi aku..... tak nampak macam tu pon.Tapi itu lah kan, bila benda buruk tu dah sebati dalam jiwa, orang mula nampak benda2 baik dalam benda buruk tu. 


Mungkin pada diorang, diorang perlukan byk lagi effort. Aku yang senang lenang ni (kononnya), yg tak payah keluar awal, keluar duit minyak, patutnya lebih memahami. Hmmm, aku ni orang Johor, belajar di  Selangor. Memang lah aku kena tinggal sini. Kalau ikutkan, aku punya kos hidup lagilah berpuluh kali ganda mahal. Kos makan, kos tempat tinggal, kos travel (kami pon kena travel).

Lagi satu, kami yg dari negeri lain ni, jarang-jarang dapat jumpa familiy. Kemas rumah, masak, semua kena buat sendiri sambil seimbangkan dengan belajar. Balik kampung untuk beraya pon memang kami tengah sediakan mental untuk nak bye2. Jadi, ingat senang sangat ke kehidupan kami ni?  (Nak tambah sikit, kalau setakat discussion tu, aku faham dan tak kisah untuk buat video call. Tapi pembelajaran kelas ni isu yang berbeza.)

---------------------------------

Pokok pangkalnya, hidup ni perlukan PENGORBANAN. Kita cuma tak perlu berkorban lagi seandainya kita dah terkorban, hehehe. Memang itu lumrah kehidupan kita, bukan sebagai pelajar je, tapi sebagai manusia. Bukannya kena mengharapkan semua benda bergolek2 depan kita. Bila waktu belajar, boleh lah nak meminta2, bila dah kerja?

Dan tolong jangan keliru antara kejujuran dan kurang ajar.  Jujur itu boleh menjadi kurang ajar, tapi jujur itu bukan kurang ajar hanya kerana kita sakit atau tidak puas hati. Learn the differences. Masing-masing dah besar, dah boleh fikir. Kita tersinggung sebab memang caranya salah atau kita yang tak boleh terima bila orang tak ikut kepala kita?

Dia sebenarnya agak menjengkelkan bila kita rasa bersalah sebab ada pendapat sendiri. Sebab bila kita berbeza pendapat, kita terus akan dicapkan sebagai 'tak memahami'. Hmm, habis tu situasi dan perasaan orang lain tu tak perlu difikirkan ke? Bila kita tak setuju, kita dicap sebagai mementingkan diri. Padahal, bukan ke masing-masing pon ada permintaan dan masalah yang tersendiri? Kenapa awak pilih A, ok, orang lain pilih B, tiba-tiba tak ok. Pelik binti Ajaib.

Hmmm. Apa-apa pon, ujian tu diberikan untuk kita mengikut kemampuan dan untuk tengok tahap keimanan kita. Doakan supaya aku diberi kekuatan, kesabaran dan fikiran yang rasional. Doakan supaya aku terus berada di jalan yang lurus :') Yang baik datang dari Allah, yang buruk datang, yang kurang, datang dari saya sendiri.

Love,
Strong Bedelia ^_^

You Might Also Like

8 Comments

  1. Tidak sangka laku pula pembelajaran dalam talian. Lagi suka bersemuka.
    Ya Allah moga Curheart beraya di jalan benar. Amin. Selamat bersahur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula2 tak laku sebab tak faham dan terperap di rumah... tapi bila lama sangat PKP, jadi terbalik pulak. Belajar bersemuka ni kena mujahaddah lebih. Kalau online, boleh mengelat dengan tutup kamera.

      Saya pon terjebak jugak cuma saya taknak benda tu jadi kebiasaan dan sebati. Amin, takut sangat bila ego dan emosi buat kita tambah dosa

      Delete
  2. Banyakkan bersabar ya berbeza pendapat itu normal.
    Sebagai orang yang dah dewasa kita patut meraikan pelbagai pendapat sebaik-baiknya ikutlah pendapat majoriti. Kalau pendapat kita di kumpulan minoriti terimalah dengan hati yang terbuka dan positif mind.

    Bercerita tentang class online nih! Mrs. A lebih suka anak-anak hadir kelas face to face. Betullah tu cakap curheart tentang kelas online tutup kamera kemudian terus join kelas online dengan tak pakai bajunya, dengan belum mandinya aiyoo.. yo... Ini kisah benar anak sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya boleh ikut majoriti dan bertolak ansur. Cuma struggle tu datang bila saya rasa benda tu benda yg tak elok dan asyik berlaku. tapi tu lah, life is about learning. Masih byk yg saya kena belajar.

      hmm.. sebenarnya....itu kisah benar saya juga, hehehe

      Delete
  3. betul, hidup ni kena ada pengorbanan, yg tinggal di asrama, yg commute everday, masing2 ada pengorbanan dlm mencari ilmu...sbb dah terlampau lama kelas online, dah naik lemak..dah mcm seronok, takyah keluar rumah sbb tu nak jg kelas online..harap2 lecturer tak layan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah,kadang2 kita tak perasan pengorbanan masing2. Lecturer MSU ni rata2 bertimbang rasa, jadi kadang boleh dipujuk, kdg tidak, hehe.

      Bukan tak boleh terima langsung kelas online, kdg lecturer yg mintak atas sbb darurat. Dia ok bila kelas online tu jadi medium utk teruskan belajar, bukannya sbgi alasan. Ada kelas online yg ok, tapi sejujurnya, rata2 topik, subjek dan penyampaian kurang sesuai utk dibuat online.

      Delete
  4. Assalamualaikum,

    Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah dan nikmatnya utk orng2 yang berfikir. fikir baik2, semoga yang dapat semuanya baik2. In shaa allah, segala usaha diberi ganjaran oleh Allah. kita terpaksa hidup dlm keadaan norma baharu. Berdoalah semoga semuanya akan berakhir kelak. Biar lambat, asal selamat semuanya. Selamat berpuasa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. InsyaAllah....betul, kita kena hidup dalam norma baharu. Jadi kena pandai2 balance kan diri betul2 mengikut keadaan norma baharu yg berubah2. Aminnn. Terima kasih ^_^

      Delete

Thank you for your comments. Barakallahufiik <3

SUBSCRIBE to not miss my updates! :)

Enter your email address: